Pengarah Imigresen Johor dedah macam mana pengemis warga China raih RM10000 sebulan

Oleh GEMILANGDAILY

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor telah berjaya menahan empat pengemis OKU jalanan warga China di Johor Bahru baru-baru ini.

Tangkapan tersebut dilakukan melalui Op Serkap, di mana keempat-empat individu berusia

Antara 36 hingga 67 tahun itu ditahan secara berasingan. Sebanyak RM9,000 wang tunai juga dirampas.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata tindakan penahanan ini dilakukan

setelah pihaknya menjalankan risikan selama tiga minggu berdasarkan maklumat awam.

Pengarah Imigresen Johor dedah macam mana pengemis warga China raih RM10000 sebulan

“Dengan hanya bermodalkan kekurangan fizikal dan cacat anggota, pengemis-pengemis warga asing ini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.

“Sikap pemurah rakyat Malaysia menyebabkan mereka cenderung untuk bertindak agresif dengan mendekati orang ramai yang mengunjungi pasar malam dan premis-premis,” kata Datuk Mohd Rusdi dalam satu kenyataan.

BACA: ‘Jangan risau, PN takkan perintah Johor’ Presiden Gerakan akui PN sukar raih undi cina