Pengerusi FINAS umum sertai Bersatu

Pengerusi FINAS umum sertai Bersatu

Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid mengumumkan menyertai Bersatu hari ini, bersama 300 ahli pertubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN).

Penggerak Komuniti Negara adalah organisasi berkaitan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

“Penyertaan Zakaria akan disusuli dengan penyertaan anggota PKN seluruh Pahang yang dianggarkan seramai 3500 orang dalam tempoh terdekat ini,” kata satu kenyataan.

Zakaria mengetuai organisasi itu di Pahang.

Zakaria berpihak kepada kumpulan 10 ahli parlimen PKR yang berpaling tadah kepada Bersatu dan membantu menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Dia sebelum ini ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan keluar dari PKR susulan langkah 10 MP parti itu.

Mei lalu, Zakaria dilantik sebagai pengerusi Finas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah, yang juga salah seorang 10 MP PKR yang keluar parti itu.

Zakaria dan ahli organisasi PKN lain menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada timbalan ketua Bersatu Kuantan awal hari ini.

Zakaria segera dilantik menerajui biro kebajikan rakyat, kebudayaan dan kesenian Bersatu bahagian itu.

Dia juga akan ditugaskan mengendalikan pemilihan Bersatu bahagian Medan Tok Sira.

Berita penuh ; https://www.malaysiakini.com/news/555066