Pengurus dedah kisah sebenar Fattah Amin terima kereta mewah

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Nama pelakon Fattah Amin semakin naik selepas berita penceraian bersama pelakon Fazura diketahui orang ramai.

Banyak syarikat mula memanggilnya untuk menjadi duta dikala nama tengah menjadi bualan rakyat Malaysia.

Tular sebelum ini di media sosial apabila Fattah dilihat bersalaman dengan seorang lelaki sejurus sebelum diberi kunci.

Dalam video tersebut juga menunjukkan Fattah memandu sebuah kereta Lamborghini berwarna ungu.

Disebabkan itu pengurus kepada pelakon tersebut, Sakirin Acha menafikan dakwaan yang tular di media sosial lapor Harian Metro.

Pengurus dedah kisah sebenar Fattah Amin terima kereta mewah

Acha menafikan pelakon itu menerima hadiah kereta mewah jenis Lamborghini daripada pengusaha sebuah kedai emas.

Tegasnya, kereta yang dipandu Fattah itu adalah sebahagian prop untuk kandungan video kedai emas milik pengusaha itu.

“Saya ingin menegaskan Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan.

“Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Pada masa sama, pengurusnya memohon maaf sekiranya ramai pihak salah faham akan video yang sudah tular itu.

Dalam masa sama, Acha memohon maaf sekiranya ramai pihak sudah salah faham dengan video yang tular.

“Saya mohon maaf tapi Fattah tidak menerima kereta itu daripada pihak berkenaan,” katanya.

Baca juga:Menteri Kewangan II dedah cara salur subsidi RON95 ramai nak tahu