Salah satu perkara dalam perbentangan Belanjawan 2025 yang diumumkan kerajaaan pada minggu lalu i
alah kadar kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa pada tahun hadapan.
Walaupun ramai yang menyambut baik mengenai pengumuman itu, bagaimanapun bagi Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (PRIM),
pihaknya meluahkan kebimbangan kerana kadar gaji minimum itu akan menyebabkan harga makanan naik antara 20 peratus hingga 30 peratus.
Menurut Presiden PRIM Datuk J. Govindasamy, peningkatan dalam kos operasi telah terbukti semasa semakan gaji minimum yang lalu.
Jelasnya, kenaikan gaji minimum ini akan meningkatkan kos operasi pengusaha restoran yang sudah pun terbeban dengan kenaikan harga bahan mentah serta pemansuhan subsidi diesel.
“Kos operasi sudah meningkat dengan pemansuhan subsidi diesel dan kenaikan harga bahan mentah. Sedikit yang dilakukan untuk mengawal kenaikan harga bahan mentah tetapi pihak berkuasa selalunya cepat meneliti harga produk akhir,” katanya memetik The Star.
Katanya lagi, walaupun kerajaan cuba membantu rakyat melalui dasar-dasar tertentu, tetapi pihaknya melihat manfaat tersebut seperti diambil semula dengan pelaksanaan dasar seperti kenaikan gaji minimum.
Justeru, Govindasamy menggesa kerajaan mengawal harga bahan mentah supaya pengusaha restoran dapat memastikan harga mereka berpatutan.
Selain itu, cadangan untuk mewajibkan majikan mencarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing juga menimbulkan kebimbangan.
Govindasamy mempersoalkan keperluan warga asing mempunyai simpanan KWSP, memandangkan kebanyakan mereka menghantar gaji kepada keluarga di tanah air mereka.
BACA: Ikut kepakaran masing-masing, Indonesia lantik Taufiq Hidayat timbalan menteri belia dan sukan