Peniaga kongsi cara nak buat celup tepung, rangup walaupun sejuk

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Bagi yang biasa beli pisang goreng mesti akan minta lebih serbuk gorengan, rasanya tetap ‘crunchy’ walaupun dah lama.

Buat yang sering berkunjung ke negeri di Pantai Timur mesti tahu, semua benda yang digoreng akan dicelup dalam satu salutan.

Ha, salutan tu yang buat makanan rasa sedap sahaja nak kunyah, susah nak lemau, kadang-kadang makan serbuk tu sahaja pun dah cukup.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook yang juga peniaga Restoran Colek Bini

mengenai cara membuat salutan tersebut dengan sempurna.

Peniaga kongsi cara nak buat celup tepung, rangup walaupun sejuk

Tip buat salutan, kekal ‘crunchy’
Bahan-bahan:

Tepung jagung – 200gm
Tepung beras – 250gm
Tepung kastard – 150gm
Soda bikarbonat
Air kapur
Kunyit – 1 sudu besar
Secukup rasa – 1 sudu besar
Pewarna kuning (serbuk)
Garam – 1/2 sudu besar
Gula 3 sudu kecil
Telur sebiji
Special : air sejuk (letak ais juga)
Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan di atas sebelum masukkan air sejuk secara perlahan-lahan.

2. Salutan tersebut sesuai untuk celup ikan, pisang, mahupun sayuran cuma perlu jadikan ia pekat sedikit dan tidak terlalu cair.

3. Untuk salutan ayam pula, ia perlu cair sedikit dan tidak pekat seperti salutan pisang goreng.

4. Hasilnya, salutan tersebut akan berderai, rangup walaupun sudah sejuk.

Baca juga: ‘Selama ini aku bersangka baik dengan suami, satu hari aku terdetik nak cek telefon dia, seram sejuk bila nampak nama perempuan’