Zaman sekarang ini ada sesetengah individu yang tahu dirinya tak berduit namun masih mampu membeli sekotak rokok.
Tapi bila lapar dan nak makan, duit pula sudah habis untuk sekotak rokok yang mampu membunuh.
Tular di Facebook restoran Nasi Kandar Sulaiman mengenai ragam pelanggan yang mahu menukar sekotak rokok jenama John dengan nasi berlauk harga RM10.
“Ada orang ini beli sebungkus nasi RM10. Duit tak ada jadi dia suruh ambil kotak rokok ni sebagai ganti.
“Dia nak buat macam sistem barter kot. Duit tak ada nak beli makan tapi rokok boleh beli pula. Ini yang buat kita rasa tak puas hati.
“Bagi kotak rokok buat macam kita hisap rokok,” ujar pemilik hantaran.
Rata-rata netizen terhibur dengan pelanggan tersebut yang dilihat menggunakan sistem barter walaupun sedar jumlah harganya adalah berlainan.
“Mana boleh barter tak sama. Dekat kotak rokok tu tulis rokok mengakibatkan keguguran, nasi kandar mengakibatkan kekenyangan.
“John kelabu (sekotak rokok) baru RJ6 mamu, ada hutang lagi RM4.
“Itu kan rokok seludup, boleh pula nak tukar dengan nasi. Nanti pemilik restoran pula kena saman mahal daripada harga nasi.
“Ketagih nasi kandar mengatasi ketagih rokok, tak kena nasi kandar boleh gigil pelanggan ni,” antara komen netizen.
Baca juga Orang Melayu terkaya negara dedah rahsia cepat kaya yang ramai tak mampu ikut