Pening gadis ini fikir nak kacau susu dalam gelas pelik ni

Pening gadis ini fikir nak kacau susu dalam gelas pelik ni

Pening gadis ini fikir nak kacau susu dalam gelas pelik ni. Setiap restoran mempunyai konsep dan menu yang berlainan bagi menarik minat pelanggan. Hal ini juga dapat menjadikan mereka lebih unik dan memberi nilai yang lebih.

Oleh itu, setiap pengusaha akan memikirkan cara untuk membuat perniagaan mereka tampil menarik. Bukan sahaja makanan yang disajikan tapi hiasan dan peralatan yang digunakan perlu lah sesuai dengan konsep.

Namun, pastikan peralatan atau dekorasi itu tidak terlalu pelik kerana boleh pening kepala pelanggan untuk memikirkan cara menggunakannya.

Seperti mana pengalaman lucu yang telah dikongsikan menerusi sebuah video yang telah dimuat naik oleh aniraharis di laman TikTok.

Mengunjungi sebuah restoran dengan konsep yang menarik, wanita itu telah memesan segelas minuman setelah melihat gambar gelasnya yang unik di menu.

Pening gadis ini fikir nak kacau susu dalam gelas pelik ni

Menggunakan gelas berbentuk kasut but, wanita itu teruja apabila melihat bentuk unik gelas tersebut. Namun, ada satu hal yang begitu merisaukan.

Kerana bentuknya, ia menjadi sukar untuknya mengacau pemanis di bahagian hujung gelas itu. Puas dicuba tapi masih lagi tidak berhasil, dia sehingga buntu dan hanya mampu tergelak untuk mencari jalan penyelesaian pada masalahnya.Gelas Unik

Meninjau di ruangan komen, orang ramai hadir di ruangan komen bagi memberikan solusi. Lain orang lain cara, seorang pengguna nasihat untuk, “Cuba terbalikkan straw tu.”.

Manakala kata seorang lagi pula, “Saya pun tiup guna straw! Hahahaha!”.

Puas Fikirkan Cara, Netizen Tampil Dengan Nasihat Mereka

Tak salah pun jika peniaga ingin menjadi unik dan perkenalkan sesuatu yang baharu tapi pastikan setiap peralatan yang digunakan sesuai. Jangan cantik sahaja tapi boleh buat pelanggan keliru. Kesian mereka!

@aniraharis Kawan sis kat depan punya idea, blow dgn straw 🤣 #randomthings #lifeofanira ♬ original sound – Anira Haris

BACA:

Netizen kecam Nabila Razali nyanyi live, “fokus berlakon je la awak”

Kerja tukar mentol RM80K sehari, kerja hanya 6 bulan sahaja

Bola World Cup kena caj sebelum guna

CATEGORIES