Pening remote kereta bateri cepat habis? Ini cara aktifkan mod ‘battery saver’ ramai nak tahu

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Kenderaan yang dijual hari ini biasanya dilengkapi dengan dua unit kunci kawalan jauh atau keyless entry, iaitu kunci utama dan kunci gantian.

Kebiasaannya, kunci gantian akan disimpan oleh pemilik untuk jangka masa yang lama dan hanya digunakan dalam situasi tertentu.

Walaupun tidak digunakan, kunci gantian yang merupakan alat kawalan jauh ini cenderung untuk kehabisan tenaga.

Oleh itu, bagi mengelakkan bateri alat tersebut habis semasa disimpan,

anda boleh mengaktifkan mod penjimatan kuasa menggunakan langkah yang dikongsikan oleh Wan Abdullah di laman Facebook.

Pening remote kereta bateri cepat habis? Ini cara aktifkan mod 'battery saver' ramai nak tahu

Kaedah ini sesuai digunakan untuk kunci kenderaan jenis keyless entry.

Cara untuk mengaktifkannya:

-Tekan butang kunci dan tahan selama beberapa saat.

-Kemudian, tekan butang buka kunci dua kali.

-Pastikan lampu LED berwarna merah berkelip sebanyak empat kali.

Tip: Dalam mod ini, alat kawalan tidak akan menghantar isyarat, sekali gus meminimumkan penggunaan kuasa bateri.

Jika ingin mengaktifkannya semula, anda hanya perlu menekan mana-mana butang pada alat kawalan tersebut.

BACA:Azam Baki dedah bila Muhyiddin akan diheret ke pejabat SPRM isu rasuah 1BestariNet