Anda perlu tahu hak anda dalam menuntut caruman PERKESO sekiranya diberhentikan.
Di bawah skim PERKESO, terdapat satu skim insurans dikenali sebagai Skim Insurans Pekerjaan (SIP) atau EIS y
ang memberi perlindungan insurans pekerjaan, perkhidmatan pekerjaan, serta maklumat pasaran buruh (LMI).
Apa itu SIP/EIS PERKESO?
Tuntutan faedah SIP boleh dibuat oleh pekerja yang dicarum dan mencarum dengan PERKESO apabila diberhentikan oleh majikan.
Penguatkuasaan sistem insurans ini bermula sejak 1 Januari 2018 bagi membantu pekerja yang hilang pekerjaan.
Antara faedah yang dapat dinikmati oleh pencarum melalui Sistem Insurans Pekerjaan ini adalah seperti berikut:
-Elaun mencari pekerjaan
-Elaun pendapatan berkurang
-Yuran latihan
-Elaun latihan
-Elaun bekerja semula awal
-Program perkhidmatan pekerjaan
Jadi, jika anda mencarum dalam skim PERKESO, anda tidak perlu risau jika diberhentikan kerja. Buat sahaja tuntutan insurans ini kerana anda layak untuk mendapatkannya. Namun, anda perlu memenuhi syarat kelayakan sebelum membuat tuntutan.
Syarat Kelayakan Tuntutan
Sama seperti syarat kelayakan sebelum mencarum, anda juga perlu memenuhi syarat kelayakan jika ingin menuntut insurans ini. Pastikan anda fahami maksud kehilangan pekerjaan yang telah ditetapkan oleh PERKESO:
-Pembuangan kerja dan pertindihan
VSS/MSS (skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
-Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
-Bankrap atau penutupan tempat kerja/perniagaan
-Pembuangan kerja konstruktif
-Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
-Perletakan jawatan akibat arahan untuk melakukan kerja luar bidang yang membahayakan keselamatan diri
Jika Berhenti Kerja Atas Kerelaan Sendiri, Layak Ke Membuat Tuntutan?
Jika seorang pencarum berhenti kerja atas kerelaan sendiri, mereka tidak layak untuk membuat tuntutan Sistem Insurans Pekerjaan ini kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan PERKESO. Jika anda mengalami situasi berikut, anda TIDAK layak untuk menuntut Insurans Pekerjaan:
-Pembuangan akibat salah laku kerja
-Perletakan jawatan secara sukarela
-Persaraan
-Tamat tempoh kontrak perkhidmatan
Jika pencarum berhenti kerja atas kerelaan sendiri dan bukan diberhentikan seperti yang dinyatakan pada syarat kelayakan, mereka tidak boleh dan tidak layak untuk menuntut EIS atau SIP ini.
Amaun Faedah SIP
SIP PERKESO menyediakan 3 jenis elaun untuk dipohon jika anda diberhentikan kerja:
1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
-Elaun ini adalah gantian pendapatan bagi pencarum yang kehilangan pendapatan tunggal.
-Jika layak, mereka akan menerima elaun untuk tempoh 3-6 bulan, mengikut syarat yang ditetapkan.
-Tempoh pembayaran faedah tertakluk kepada Syarat Kelayakan Caruman.
2. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
-Elaun ini adalah gantian pendapatan bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan kehilangan salah satu atau lebih pekerjaan tetapi tidak semuanya.
-Jika kehilangan semua pekerjaan, pemohon layak menerima EMP dan EPB.
-Kadar elaun adalah sama seperti EMP dan dibayar secara pukal.
3. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
-Ini adalah insentif kewangan bagi pekerja yang kembali bekerja dalam tempoh EMP.
-Kadar bayaran adalah 25% daripada baki EMP yang belum diterima, dan dibayar secara pukal seperti EPB.
Bagaimana Tuntutan SIP Boleh Dibuat?
Bagi pemohon yang ingin menuntut faedah Insurans Pekerjaan, anda perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PERKESO:
Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC) dengan membayar caruman kepada SIP dalam tempoh yang ditetapkan.
Memastikan kehilangan pekerjaan memenuhi definisi yang dinyatakan pada Syarat Kelayakan Tuntutan.
Pemohon juga perlu menyediakan dokumen berikut sebelum membuat permohonan tuntutan:
-Pastikan permohonan lengkap untuk pengesahan pegawai bertugas.
-Salinan kad pengenalan
-Salinan surat pemberhentian pekerjaan (termasuk VSS, MSS, atau seumpamanya)
-Salinan penyata gaji 6 bulan sebelum pemberhentian kerja
-Salinan akaun bank
-Salinan laporan polis (jika berkaitan gangguan seksual, ugutan, dan sebagainya)
-Salinan bukti arahan kerja berbahaya (jika menerima kerja luar skop yang membahayakan)
-Dokumen berkaitan kes (jika ada)
Tuntutan Boleh Dibuat Secara Kaunter atau Dalam Talian?
Pemohon boleh membuat tuntutan SIP secara atas talian di portal Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO. Pembayaran mesti dibuat melalui pemindahan wang secara elektronik ke bank yang disenaraikan berikut:
(1) AFFIN BANK
(2) AGRO BANK
(3) AL RAJHI BANK
(4) ALLIANCE BANK
(5) AM BANK
(6) BANK ISLAM
(7) BANK MUAMALAT
(8) BANK OF AMERICA
(9) BANK OF TOKYO MITSUBISHI (M) BHD
(10) BANK PERTANIAN MALAYSIA
(11) BANK RAKYAT
(12) BANK SIMPANAN NASIONAL
(13) BNP PARIBAS MALAYSIA
(14) CIMB BANK
(15) CITIBANK
(16) DEUTSCHE BANK (M) BHD
(17) HONG LEONG BANK
(18) HSBC BANK
(19) IND & COM BANK OF CHINA
(20) J.P. MORGAN CHASE
(21) KUWAIT FINANCE HOUSE
(22) MAYBANK
(23) MIZUHO CORPORATE BANK (MALAYSIA) BERHAD
(24) OCBC BANK
(25) PUBLIC BANK
(26) RHB BANK
(27) ROYAL BANK OF SCOTLAND
(28) STANDARD CHARTERED BANK
(29) SUMITOMO MITSUI BANK
(30) UNITED OVERSEAS BANK
Setelah permohonan dibuat, jangan lupa untuk menyemak dan menyimpan slip permohonan.
Pastikan anda membawa dokumen asal semasa berjumpa dengan pegawai PERKESO.
BACA: Azam Baki dedah bila Muhyiddin akan diheret ke pejabat SPRM isu rasuah 1BestariNet