Pening tiada masa nak tukar duit raya, ini cara mudah tukar duit raya di mesin ATM

Oleh ISMAIL YAHYA

Pastinya ramai yang tak sabar menanti Hari Raya Aidilfitri untuk merayakannya bersama keluarga tersayang.

Bila menyambut Hari Raya, yang terbayang di minda kita adalah kuih raya, hidangan lezat, pakaian baru

Ziarah menziarahi, dan yang paling dinantikan oleh kanak-kanak adalah duit raya.

Pening tiada masa nak tukar duit raya, ini cara mudah tukar duit raya di mesin ATM

Tak lengkap rasanya Hari Raya Aidilfitri tanpa duit raya, bukan? Memberi duit raya kepada anak buah dan keluarga adalah satu tradisi yang terpelihara.

Kami ingin berkongsi cara mudah untuk mendapatkan dan menukar duit raya di mesin ATM dan bank berdekatan anda sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Cara Mudah Tukar Duit Raya Di Mesin ATM

Untuk menukar duit raya bernilai RM10, RM20 dan RM50 caranya cukup mudah anda hanya perlu ke Mesin ATM terdekat seperti berikut:

Pergi ke cawangan Maybank terdekat iaitu Maybank yang terpilih sahaja. Anda hanya perlu mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini’ yang boleh anda dapatkan tukaran nilai duit raya baru.

Kemudian, tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.

Sekiranya anda ingin mengeluarkan jumlah duit yang banyak anda perlu ulang semula langkah ketiga di atas.

Anda boleh mintak sampul raya daripada kaunter di bank yang anda keluarkan duit raya.

Jadi jangan malu dan jangan segan untuk pergi ke bank berdekatan dengan anda untuk bertanyakan dan menukar duit raya di kaunter bank.

Anda perlu cepat, kerana kebiasannya nilai duit-duit kecil untuk raya ini terhad dan habis stok, Jadi siapa cepat dia dapat gitu.

BACA: “Mak mertua haramkan aku hamil benih anaknya, mertua jadikan aku bibik tak bergaji kat rumah dia,