Perak, dinamakan selepas kekayaan sumber peraknya, telah menyaksikan Perjanjian Pangkor sebagai satu peristiwa yang menggoncangkan kedaulatan
Dan membawa masuk orang putih ke dalam pemerintahan negeri itu.Konsep yang kita selalu diberitahu sejak sekolah, bahawa Perjanjian Pangkor berlaku
disebabkan isu perwarisan takhta antara Raja Abdullah dan Raja Ismail selepas kematian Sultan Ali, ternyata adalah salah.
Orang Melayu tidak terlibat secara langsung dalam Perang Larut antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San.
Dalang sebenar di sebalik Perjanjian Pangkor adalah Tan Kim Cheng dan W.H. Read. Mereka menyuap Raja Abdullah dan menulis surat
kepada pihak British, menggunakan cop Raja Abdullah yang buta huruf. Muslihat ini dilakukan untuk melindungi kepentingan British di Perak.
Perjanjian ini hanya berkaitan dengan penyelesaian konflik Perang Larut dan melibatkan orang Cina sahaja. Rancangan ini telah dirancang oleh kapitalis Eropah-Cina sejak awal lagi. Kerajaan Perak tidak terlibat secara langsung dalam perjanjian ini, dan wakil kerajaan Perak tidak hadir kecuali Menteri Larut, Ngah Ibrahim, yang diheret tanpa kerelaannya oleh tentera British di bawah pengawasan Frank Swettenham.
Walaupun Kerajaan Perak dipaksa bersetuju, mereka tidak mengiktiraf perjanjian ini. Rakyat dan pembesar negeri tidak mengiktiraf kedudukan Raja Abdullah sebagai sultan kerana tidak mengikut adat resam Perak. Raja Abdullah sendiri tidak bersetuju dilantik secara sedemikian, dan dia dianggap sebagai raja boneka kapitalis Eropah-Cina yang berhasrat untuk memperoleh kekayaan negeri Perak.
Sebenarnya, tidak ada perang tahta yang berlaku seperti yang digembar-gemburkan dalam catatan sejarah British. British suka membuat perjanjian yang hanya menguntungkan pihak mereka sendiri di tanah orang lain. Ini tidak hanya berlaku dalam Perjanjian Pangkor, tetapi juga dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dan perjanjian-perjanjian lain yang melibatkan sultan-sultan negeri Melayu.
Apabila James W.W. Birch, “First British Resident in Perak”, memegang jawatan pada 4 November 1874, dia mencetuskan kemarahan orang Melayu. Isu cukai dan zakat menjadi perdebatan utama selepas kedatangan J.W.W. Birch. Sebelum ini, kuasa pemungutan cukai ada di tangan Imam Paduka Tuan. Tetapi Birch memperkenalkan peraturan baru yang bertentangan dengan adat.
Birch menggunakan kuasa polis untuk menakut-nakutkan orang ramai. Sultan semakin marah dan mula merancang untuk membunuh Birch sejak Julai 1875. Gerakan ini melibatkan pejuang-pejuang seperti Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Sepuntum, Pandak Endut, Mohamed Amin, Ngah Ibrahim, dan Ngah Jabor.
Ketika Birch sedang mandi di tepi Sungai Perak di Pasir Salak, kulitnya terkoyak akibat lembing yang dilemparkan kepadanya. Mat Arshad juga terbunuh dalam serangan tersebut.
Pembunuhan ini menyebabkan pejuang-pejuang Perak dikejar dengan tawaran hadiah $9,000 untuk penangkapan Dato Maharajalela, yang akhirnya ditangkap dan dihukum gantung sampai mati.
Sultan Abdullah, yang telah dicamkan sejak awal sebelum Perjanjian Pangkor, turut dituduh bersekongkol dalam pembunuhan dan diusir dari negeri ke Pulau Seychelles
BACA: Ini respon Datin Red bila Datuk Red dan Adira umum nikah semula