Penjawat awam kena cekup di rumah janda cantik, “baru kenal di Omi”

Penjawat awam kena cekup di rumah janda cantik baru kenal di Omi

Penjawat awam kena cekup di rumah janda cantik, “baru kenal di Omi”. Seorang penjawat awam yang telah berkahwin dicekup bersama seorang janda ketika bermalam di sebuah rumah di Tanjung Minyak, di sini, pada malam Sabtu.

Serbuan Operasi Perahu Darat 2 (Opeda 2) jam 11.45 malam itu berjaya menahan pasangan berusia 30-an selepas menerima maklumat awam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, lelaki berstatus suami orang itu dan bekerja di Negeri Sembilan memberikan alasan bermalam di rumah sewa wanita itu kerana kepenatan dan berehat setelah membaiki pendingin hawa di rumah wanita tersebut yang rosak.

Penjawat awam kena cekup di rumah janda cantik, "baru kenal di Omi"

Menurutnya, soal siasat mendapati mereka berkenalan melalui aplikasi sosial dan ketika ditahan terdapat seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang merupakan anak wanita itu berada dalam rumah tersebut.

“Setibanya di lokasi, didapati pintu rumah bertutup rapat dan berkunci sebelum dibuka lelaki terbabit dan pemeriksaan lanjut menemui wanita anak dua itu di dalam bilik.

“Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku bukan suami isteri dan bukan mahram, dan lokasi merupakan rumah sewa wanita berkenaan yang juga merupakan penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Tambahnya, pasangan itu ditangkap oleh pegawai masjid sebelum dibawa ke Balai Polis Tanjung Minyak dan dibuat tangkapan semula oleh pihak JAIM untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman,” ujarnya.

Dalam operasi itu JAIM turut menahan pasangan kekasih berusia 20-an yang dicekup dalam keadaan berdua-duaan sambil memeluk bahu di kawasan persisiran jalan di Pantai Marina, Kota Laksamana.

“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam,” katanya.

BACA JUGA :

Akhirnya Bung Mokhtar letak jawatan

Suami Fateen Afeefa akui ‘Lovebite’ dari Fateen lazat

Pelajar tingkatan 4 ditahan kes dadah RM1.4 juta

 

CATEGORIES