Penjualan ‘Apple Watch’ di Amerika Syarikat tiba-tiba diharamkan, ini puncanya rupanya

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Dalam satu pengumuman mahkamah terkini, US International Trade Commission (ITC) melalui sistem kehakiman Amerika Syarikat telah memerintahkan

Penghentian penjualan model jam pintar Apple Watch, hasil keluaran gergasi teknologi, Apple.

Walaupun penjualan jam tersebut dihentikan dalam beberapa hari terutama di premis-pernisagaan milik Apple,

Penjualan 'Apple Watch' di Amerika Syarikat tiba-tiba diharamkan, ini puncanya rupanya

mahkamah mengizinkan larangan tersebut digantung buat sementara waktu, membolehkan dua model yang terkesan iaitu Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 dijual semula.

Keputusan mahkamah yang agak tegas ini mungkin mengejutkan mereka yang baru mengikuti perkembangan kes ini, tetapi bagi yang mengikuti sejak mula, tindakan ini dianggap wajar.

Apa yang memotivasikan mahkamah untuk mengambil tindakan drastik ini terhadap Apple?

Perkenalan kepada Masimo Corporation

Sebelum kita meneruskan cerita, penting untuk memahami mengenai sebuah syarikat bernama Masimo Corporation. Walaupun namanya hampir serupa dengan jenama roti di Malaysia, namun keduanya tidak ada kaitan.

Masimo Corporation diasaskan oleh seorang ahli perniagaan kelahiran Iran bernama Joe Kiani pada tahun 1989. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan teknologi perubatan dengan visi untuk meningkatkan teknologi perubatan di peringkat global. Masimo dikenali dengan kejayaannya dalam membangunkan teknologi pemeriksaan pesakit tanpa pembedahan, termasuklah peranti perubatan dan sensor inovatif yang memudahkan pengawasan pesakit.

Misi utama Masimo adalah untuk mengurangkan kos penjagaan dan memanfaatkan teknologi terkini untuk membantu pemantauan pesakit serta peralatan yang mampu mengesan penyakit tanpa pembedahan. Salah satu pencapaian terbesar Masimo adalah Teknologi Pengasingan Isyarat (Signal Extraction Technology atau SET), yang dapat membaca dan merekodkan nadi serta kadar kepekatan oksigen dalam darah dengan tepat.

Hubungan antara Apple dan Masimo

Kerjasama antara Masimo dan Apple bermula pada tahun 2013 apabila Apple menghubungi Masimo untuk menjalin kerjasama berkaitan dengan penggabungan fungsi pemantauan kesihatan. Untuk memahami keperluan kerjasama ini dengan lebih jelas, satu pertemuan diatur antara wakil kedua-dua syarikat.

Dalam pertemuan tersebut, wakil Masimo membentangkan teknologi oksimeter denyut dan kesesuaiannya. Ketua Pegawai Perubatan (Chief Medical Officer/CMO) Masimo, Dr. Michael O’Reilly, memainkan peranan utama dalam sesi tersebut.

Walau bagaimanapun, perjumpaan tersebut sebenarnya merupakan helah Apple untuk mengenal pasti sasaran mereka. Selepas beberapa perbincangan, Apple melakukan tindakan yang tidak bermoral dengan memujuk Dr. Michael O’Reilly dan Ketua Pegawai Teknikal (CTO) Masimo, Marcelo Lamego, untuk menyertai mereka.

Lamego, seorang pakar teknologi yang dilatih di Stanford University, dipercayai membawa semua dokumen berkaitan teknologi SET milik Masimo kepada Apple. Sebuah emel dari Lamego kepada CEO Apple, Tim Cook, menunjukkan persetujuan terhadap keahlian beliau yang dapat membantu Apple menjadi pengeluar produk utama di dunia dalam bidang kesihatan.

Setelah perlantikan O’Reilly, Lamego, dan 20 pekerja Masimo lain, Apple mendapat paten untuk rekaan jam yang mampu mengukur kadar oksigen dalam darah penggunanya. Namun, hubungan ini tidak berlangsung lama apabila Lamego meninggalkan Apple pada bulan Julai 2014.

Pada September 2014, Apple mengumumkan penjualan Apple Watch tanpa fungsi bacaan oksigen dalam darah. Masimo percaya bahawa Apple menggunakan teknologi yang telah mereka patenkan untuk fungsi ini. Pada tahun 2020, Masimo mendakwa bahawa Apple mencuri rahsia perdagangan, merampas individu penting dari Masimo, dan meminta mahkamah menghentikan penjualan Apple Watch 4 dan 5.

Pada 21 Disember 2023, mahkamah memerintahkan penghentian penjualan dan import Apple Watch di Amerika Syarikat, tetapi larangan itu digantung buat sementara pada 27 Disember 2023.

Kini, Apple sedang mencari cara untuk mengubah setiap model Apple Watch yang ada di pasaran dengan mengemaskinikan sistem operasinya untuk mematikan fungsi yang dipertikaikan. Belum jelas siapa yang bakal untung atau rugi dalam pertempuran korporat ini. Tetapi satu yang pasti, apabila kita mempunyai perjanjian dengan syarikat tempat kita bekerja, kita perlu menghormatinya.

Pada 16 Januari 2024, mahkamah Amerika Syarikat sedang berbincang untuk membenarkan Apple membawa masuk semula peranti ini ke dalam pasaran tempatan, dengan syarat membuang fungsi yang menjadi pertikaian.

Peguam yang mewakili Masimo dikatakan bersetuju dengan cadangan ini, tetapi sikap Apple masih belum jelas.

BACA: Mak perasan ada perempuan selalu mesej ayah. ayah selalu tak makan dekat rumah. aku selongkar pejabat ayah, jumpa sesuatu