Beberapa penumpang kereta kabel Sky Way di Genting Highlands berdepan detik mencemaskan
apabila terkandas lebih dua jam di laluan turun dari Stesen SkyAvenue malam tadi.
Menurut perkongsian pengguna TikTok yang berada di lokasi kejadian, insiden itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.
“Alhamdulillah, selamat turun. ‘Supply current’ tiada, sebab itu kereta kabel sangkut tengah-tengah,” kata seorang pengguna, Amienhfzn.
Pengguna lain, Nur Nilam Sari, turut berkongsi pengalaman mereka:
“Dua jam sangkut dalam kereta kabel di tengah-tengah. Ya Allah lindungi kami semua. Alhamdulillah dah selamat turun.”
@nlmsarishakif Semoga dipermudahkan urusan kami semua 🤲🏻 #gentingskyworlds #cablecar ♬ Sholawat Pengingat – Yasir
Azman pula menyatakan, “Kami juga terperangkap tadi. Yang sedihnya, satu keluarga jadi trauma.”
Seorang lagi penumpang, Syuhada, menggambarkan situasi menakutkan yang dialami keluarganya:
“Berpeluh satu keluarga kami, hanya Allah yang tahu betapa takutnya berada di tengah laluan turun sambil kereta bergoyang dalam gelap. Alhamdulillah, akhirnya selamat juga selepas lebih dua jam.”
Keadaan kembali terkawal selepas masalah teknikal itu diselesaikan, dan semua penumpang berjaya dibawa turun dengan selamat.
BACA: Mydin tampil jelaskan kenapa cop resit pembeli sebelum keluar kedai