Sebuah video yang dirakam oleh seorang penumpang penerbangan Azerbaijan Airlines memaparkan detik-detik mencemaskan
sebelum pesawat tersebut terhempas dan terbakar berhampiran Aktau, Kazakhstan, lapor portal berita MailOnline semalam.
Dalam video yang tular itu, seorang penumpang lelaki kelihatan berdoa, beristighfar, dan mengucapkan kalimah syahadah berulang kali
Suasana kacau-bilau dapat dirasai di dalam pesawat, dengan topeng oksigen tergantung di setiap tempat duduk.
Menurut laporan, lelaki tersebut merupakan antara yang terselamat dalam nahas tersebut dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Sebuah video lain menunjukkan pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih hidup di lokasi nahas.
Kekecohan berlaku apabila penyelamat memasuki bahagian belakang pesawat yang terputus, di mana beberapa mangsa kelihatan terbaring di atas tanah.
@beritaalhijrah114“Ingatlah Allah, maka engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu”. Seorang penumpang pesawat Azerbaijan Airlines sempat merakam detik-detik cemas sebelum pesawat berkenaan terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan. Menerusi video tersebut, penumpang terbabit juga mengucap dua kalimah syahadah dan tidak henti-henti berdoa dan tawakal kepada Allah SWT. Beliau antara penumpang yang terselamat dalam nahas berkenaan.♬ original sound – Berita AlHijrah
Ada di antara mereka masih bernyawa.
Seorang wanita yang terperangkap dalam serpihan menjerit meminta bantuan: “Tolong saya!” Seorang anggota bomba bertanya sama ada dia memerlukan pertolongan untuk bangun, namun wanita tersebut meminta untuk diangkat keluar dari serpihan.
Sebanyak 29 orang dilaporkan terselamat selepas pesawat jenis Embraer 190 itu terbakar ketika terhempas berhampiran bandar Aktau.
“Pesawat tersebut membawa 62 penumpang dan lima anak kapal, dengan 38 orang terkorban dalam nahas itu,” kata Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Kanat Bozumbayev.
BACA:“Malunya, ni pun tak dapat jawab,” ramai tak boleh jawab 4 mazhab dalam islam