Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Yaph, yang merupakan singkatan kepada ‘Yang Aku Panggil Hidup’,
berkata dia sudah tampil dengan imej misteri itu sejak 2019, iaitu selepas tiga tahun pembabitannya dalam bidang muzik.
“Daripada awal kemunculan saya memang tidak pernah menonjolkan diri sehinggalah 2019 baru saya muncul dengan penampilan seperti ini.
Saya ingin memberitahu bahawa muzik ini boleh disampaikan tanpa perlu menunjukkan diri sebenar.
Ini bukan satu strategi pemasaran; memang saya lebih selesa berpenampilan sebegini kerana saya mahu orang ramai lebih menghargai karya-karya seni saya,” kata Yaph.
Disoal mengenai nama sebenar, negeri kelahiran, dan usia, Yaph enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai dirinya. Malah, Yaph turut mengaku bahawa dia seorang introvert dan tidak suka bergaul.
“Boleh dikatakan saya juga seorang introvert. Kalau orang cakap saya cuba menyorokkan wajah, memang ya.
Syukur, peminat menghormati penampilan saya. InsyaAllah, saya yakin dengan penampilan sebegini. Saya memang tidak bergaul dengan orang sangat,” tambahnya.
Yaph, yang ditemui pada sidang media Konsert Yaph dan Teman-Teman: Perpaduan Irama Hiphop Tradisional di Hotel Ideas, Kuala Lumpur,
semalam turut berkongsi berita gembira kepada peminat bahawa dia bakal menganjurkan konsert ketiganya di RCD Big Studio, Shah Alam, Selangor pada 26 Oktober depan.
BACA : Tanah kena rampas gara-gara projek ECRL tapi tak dapat pampasan, kenapa?