Penyelidik dari Universiti awam tempatan ini yang bertanggungjawab reka topeng Faisal Halim

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Kemunculan pemain sayap Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim, yang memakai topeng

Dalam sesi pemanas badan pasukan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA pada hari Sabtu lalu menarik perhatian umum.

Topeng muka tersebut bukanlah topeng adiwira biasa, sebaliknya merupakan rekaan khas oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya

(UM) melalui kajian yang dilakukan oleh BioApps Sdn Bhd, berdasarkan nasihat Jabatan Pemulihan Kecederaan Sukan.

UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa BioApps Sdn Bhd adalah syarikat spin-off UM yang ditubuhkan di bawah Centre for Applied Biomechanics (CAB),

Penyelidik dari Universiti awam tempatan ini yang bertanggungjawab reka topeng Faisal Halim

Fakulti Kejuruteraan, dan kini menyediakan perkhidmatan prostetik serta ortotik untuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Antara penyelidik yang terlibat dalam penghasilan topeng muka tersebut termasuk Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman, yang juga merupakan pakar dalam bidang biomekanik dan rekabentuk prostetik.

“Penghasilan topeng muka khas ini adalah salah satu strategi utama UM untuk memasyarakatkan impak komuniti daripada kepakaran dan hasil penyelidikan universiti,” kata Noor Azuan dalam kenyataan tersebut.

Pakar perubatan pemulihan kecederaan sukan dari Fakulti Perubatan UM, Dr Ahmad Hazwan Ahmad Shushami, yang menilai keadaan Faisal, berpendapat bahawa pemain The Red Giants itu memerlukan topeng muka khas untuk melindungi parut dan kecederaan beliau agar dapat kembali beraksi di padang.

Dalam tempoh seminggu, BioApps Sdn Bhd berjaya menghasilkan topeng tersebut setelah menerima rekomendasi daripada pakar perubatan pemulihan kecederaan sukan.

Menurut Pakar Prostetik dan Ortotik BioApps Sdn Bhd, Muhammad Hazim Kamaruzaman, topeng itu diperbuat daripada bahan carbon fibre yang ringan dan nipis, untuk memberikan keselesaan kepada Faisal sambil melindungi saraf dan luka yang masih belum pulih.

“Topeng muka khas ini dihasilkan berdasarkan kondisi parut muka yang agak serius dan telah melalui beberapa peringkat pengukuran dan pengujian tahap keselesaan sebelum penghasilan peringkat akhir,” katanya.

Mouaz Al Kouzbary, pelajar pascasiswazah kejuruteraan mekatronik Fakulti Kejuruteraan UM yang turut terlibat dalam penghasilan topeng itu, berkata bahawa teknologi saringan 3D digunakan untuk mengenal pasti bentuk kepala dan muka, manakala teknologi percetakan 3D digunakan untuk menghasilkan topeng tersebut.

Faisal dalam kenyataan yang sama mengakui bahawa topeng muka khas tersebut membantu melindungi parut muka beliau semasa latihan dan perlawanan.

“Saya rasa kembali normal dan selesa untuk beraksi di padang. Mungkin pada pandangan masyarakat, pemakaian topeng muka ini agak janggal, tetapi saya memerlukannya sehingga luka dan parut muka saya pulih,” katanya, sambil fokus kepada tahap persediaan diri.

Faisal, yang lebih mesra disapa Mickey, pertama kali muncul di khalayak ramai pada 16 Jun lalu dalam perlawanan Piala FA antara Selangor FC dan Negeri Sembilan FC.

Pada 5 Mei lalu, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian tubuh selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

BACA: Tua setahun dari Hadi Awang tapi Anwar Ibrahim kekal sihat, ini yang amalan beliau tiap tahun