Perangai nak elak bayar tol selamba guna laluan motosikal sampai ini terjadi

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Seorang pemandu kereta Perodua Myvi mencuri perhatian apabila dengan penuh yakin menggunakan laluan khas motosikal di Lebuh Raya Shah Alam – Klang (KESAS), dalam kejadian yang berlaku semalam.

Tindakannya dirakam oleh seorang penunggang motosikal yang memuat naik video tersebut di akaun TikTok awinkrapkrap.

Video berkenaan memperlihatkan Myvi itu meluncur tanpa ragu di lorong motosikal walaupun terdapat simpang keluar di hadapan.

Namun, pemandu tersebut meneruskan perjalanan sebelum akhirnya diberhentikan oleh kakitangan lebuh raya.

Dalam video itu, pemilik akaun TikTok sempat memberikan ulasan menarik:

Perangai nak elak bayar tol selamba guna laluan motosikal sampai ini terjadi

“Dia masuk dari Bukit Jalil. Mungkin nak elak bayar tol? Aku ikut je kau. Abang motor lain pun senyum je tengok.Dah ada ‘exit’, tapi kau tak keluar, terus masuk terowong motosikal tu.

“Boleh lepas ke tak? Yakin betul kau, ni macam bukan kali pertama buat! Laju kau tinggalkan aku yang bawa kapcai perlahan ni.

Tapi akhirnya staf Kesas tahan juga. ‘King Myvi’ tak sempat nak lari,” katanya sambil menyelitkan kapsyen humor.

Reaksi Netizen
Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang mengandaikan pemandu itu mungkin tersilap lorong kerana terlupa dia sedang memandu kereta dan bukannya motosikal.

“Kalau betul salah masuk, sepatutnya dia keluar dekat lorong pertama dah. Tapi ni siap ‘enjoy’ sampai jauh,” komen seorang pengguna.

“Jujur, aku pernah lupa bawa kereta. Biasanya naik motor, sekali aku bawa kereta terus park kat tempat motosikal. Baru sedar kenapa ‘motor’ aku besar sangat,” tambah seorang pengguna TikTok dengan nada lucu.

“Nyaris aku pun pernah masuk lorong motosikal dekat tol. Nasib tersedar sebelum sempat jauh,” ujar individu lain.

Aksi berani pemandu Myvi ini mungkin meng

hiburkan ramai, tetapi ia juga menjadi peringatan tentang pentingnya berhati-hati di jalan raya dan mematuhi undang-undang lalu lintas. Kejadian ini juga membuktikan betapa pemanduan Myvi sering dikaitkan dengan kisah-kisah luar biasa yang mencuri perhatian di media sosial.

BACA: Andika Putra ubah wajah untuk nampak lebih ‘Old Money’