“Perangai suami aku pelik dari biasa, aku tak boleh bermanja-manja ketika dia ada dengan kakak kandung aku, tu yang paling ketara sekali”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Aku dengan suami baru mendirikan rumah tangga. 23 haribulan ini genap sebulan kami mendirikan masjid.

Aku dengan suami aku memang sudah bercinta. Ujian kami terima ketika bercinta sehinggalah bertunang Allah SWT berikan sungguh berat.

Ketika aku bercinta dengan suami setahun yang lalu, Suami aku kantoi terlanjur dengan ex-girlfriendnya dan mempunyai anak satu.

"Perangai suami aku pelik dari biasa, aku tak boleh bermanja-manja ketika dia ada dengan kakak kandung aku, tu yang paling ketara sekali"

Aku redha dan percaya itu bukan anak suami aku. Aku siap pergi temankan suami aku pergi jumpa perempuan itu untuk settlekan masalah.

Perjalanan menuju ke tempat perempuan itu mengambil masa 8 jam untuk sampai.

Aku sanggup ikut dengan dia dalam keadaan kami ketika itu susah sangat. Duit yang kami bawa di poket hanya cukup untuk isi minyak kereta. Sudah jumpa emak ayah perempuan itu sekali jumpa that baby. Cerita cara elok2 .

Alhamdulilah masalah settle. Aku terima kesilapan dia masa itu dengan hati terbuka. Tapi selang berapa bulan muncul lagi masalah, iaitu masalah yang sama dia di fitnah dan mempunyai anak perempuan ( Bukan perempun yang sama) Macam2 perempuan itu bagi aku bukti mereka bersama2.

Aku hancur sehancurnya. Aku redha dengan kesilapan yang dia lakukakan. Dan terima segala pujuk rayuannya. Selepas kejadian itu , perangai dia berubah 100% . Sifat penyayang , caring , romantik segala2nya muncul dari dirinya.

Aku dapat rasakan keikhlasannya sehingga kami berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun lepas tapi sungguh aku terkilan dan sangat kecewa apabila ternampak dia dengan kawan aku sendiri dalam satu bilik. Ya Allah. Wanita mana tidak hancur bila melihat orang yang disayang bersama dengan kawan sendiri.

Aku larikan diri. Seminggu aku larikan diri Tenangkan diri. Aku memang b0d0 sebab masih mampu terima kesilapannya. Untuk kali ini aku maafkan lagi kesilapan yang dia lakukan. Aku anggap ini adalah ujian untuk kami dalam perjalanan untuk mendirikan masjid. Sepanjang percintaan kami.

Kami lebih banyak menghadapi kesusahan dari kesenangan. Aku redha dan bertahan demi sayang dan cinta aku terhadapnya. Pendek kan cerita , Alhamdulilah pada hujung tahun lepas iaitu bulan disember kami sah sebagai suami isteri. Aku lega dan bersyukur.

Pada aku inilah hasil daripada kesabaran aku untuk tetap bertahan dengan dia . Suami sudah mempunyai rumah sendiri di mana tempat kerja suami memang ada sediakan quartes untuk mereka yang datang dari jauh.

Tapi walaupun mempunyai rumah sendiri kami berhasrat untuk tinggal di rumah emak ayah aku untuk sebulan. Hampir setengah bulan duduk rumah ayah.bAku perasaan suatu benda. Naluri aku mengatakan ada sesuatu yang tidak betul sedang berlaku dirumah ayah.

Perangai suami aku pelik dari yang biasa. Aku tidak boleh hendak bermanja2 dengan suami ketika ada kakak kandung aku , itu adalah paling ketara sekali .
Paling buat aku luluh hati apabila suami tidur di ruang tamu dan kakak kandung aku pun tidur di ruang tamu.

Ya, mereka tidak tidur bersama tetapi mereka tidur di ruang yang sama. Aku hanya berfikiran positif dan anggap itu hanya perasaan aku semata2. Apabila aku ingin bermanja2 dengan suami dengan pantasnya, Suami aku tepis aku seolah2 menjadi suatu kesalahan besar aku menyentuh dia Suami aku tidak bagi pegang telefon dia

Aku musykil dengan sifat suami aku.
Masalahya pernah beberapa kali aku ternampak mereka berpegang tangan dan aku ternampak kakak kandung aku memegang pinggang laki aku . Aku fikir positif ketika itu . Namun hati aku hancur sehancurnya.

Salah aku bila biarkan kakak aku terlalu bermain dengan suami aku . Salahkan aku tidak ingatkan mereka batas . Salah aku biarkan mereka terlalu mesra . Aku ingin tegur tetapi aku tidak tahu macam mana hendak tegur perbuatan mereka Aku diamkan diri

Aku siasat secara terperinci perbuatan mereka . Dalam masa yang sama juga Aku selalu berdoa minta Allah tunjukkan aku jalan . Dan Allah itu sememangnya maha pendengar . Pada subuh di mana Suami aku macam biasa di tidur di ruang tamu . Hati aku terdetik untuk check telephone suami aku

Apabila aku check . Betapa hancur, hati aku bila nampak mesej2 mereka . Terbukti mereka mempunyai hubungan di belakang aku . Naluri aku selama ini betul. Ya Allah . Paling buat aku hancur apabila melihat gambar2 mereka . Saling curi2 gambar antara satu sama lain.

Wajarlah suami aku hanya jadi penyayang romantik ketika kami berdua-duan. Namun bila depan orang, di rumah terutama depan kakak aku sendiri dia jadi sangat tidak aku kenali. Aku diamkan diri dan berlagak kuat depan semua orang sedangkan aku selalu makan hati dengan sifat suami .

Aku selalu menangis dengan sifat suami . Tolong bagi aku pendapat . Patutkah aku teruskan atau aku mengalah dengan ujian yang Allah SWT berikan ni ?

BACa: “Saat saya membawa diri keluar saya tak bawa satu baju dan duit pun kerana sangkaan saya, isteri akan cool dalam satu dua hari, tapi jangkaan saya meleset..”