Perarakan Tentera curi tumpuan pengunjung, Ini kisah 8 Tentera dihukum Jepun kerana enggan tanggal uniform Askar Melayu

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Apabila pihak berikat menyerah kalah, kira-kira 400 orang Askar Melayu termasuk pegawai menjadi tawanan perang dan dikumpulkan di Ferrer Park, Singapura.

Tentera Jepun memberi peluang kepada mereka semua di dalam tahanan dengan tiga pilihan serta masa selama empat belas hari untuk berfikir membuat keputusan.

Tiga pilihan tersebut ialah tanggalkan uniform tentera dan pulang ke kampung dan menjadi orang awam biasa,

Perarakan Tentera curi tumpuan pengunjung, Ini kisah 8 Tentera dihukum Jepun kerana enggan tanggal uniform Askar Melayu

atau pilihan kedua masuk berkhidmat dengan tentera Jepun, atau pilihan yang terakhir masih beruniform dan masih hendak menentang tentera Jepun.

Sepanjang tempoh yang diberi oleh tentera Jepun tersebut, kesemua tahanan didera dalam pelbagai jenis seksaan. Antaranya termasuklah didera secara fizikal, mental dan sebagainya.

Satu peristiwa tragis berlaku selepas dua minggu penahanan mereka apabila lapan pegawai Askar Melayu termasuk FMSVF ditembak mati kerana enggan menanggalkan pakaian seragam dan lencana pangkat sebagai tanda menyerah kalah.

Mereka ialah Kapten Raja Aman Shah Raja Harun Al-Rashid, Lt Ariffin Sulaiman, Lt Ibrahim Sidek, Lt Abd Wahid Mat Kidam, Datuk Naning iaitu Lt Datuk Othman Kering, Lt Muda Ahmad Noordin dan Lt Muda Md Isa Mahmud.

Menurut Mustapha Hussain dalam bukunya yang bertajuk Memoir Mustapha Hussain: Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO, ada menyebut bahawa Kapten Raja Aman Shah tolak untuk cuba melarikan diri dari Pusat Tahanan Ferrer Park dan beliau sanggup untuk lindungi rakan-rakan seperjuangannya di dalam tahanan perang terutamanya dari Perak jika pihak Jepun menjalankan soal siasat.

Beliau pernah diberi peluang untuk dibebaskan oleh pihak Jepun namun beliau tolak tawaran tersebut apabila beliau tahu hanya beliau seorang sahaja yang diberikan peluang untuk dibebaskan dari pusat tahanan dan yang lainnya tidak sama sekali.

Ariffin, Ibrahim dan Abd Wahid pula merupakan pegawai kanan Askar Melayu yang semasa disoal siasat tetap berkeras enggan menurut perintah tentera Jepun.

Pada 28 Februari 1942, beliau bersama-sama 7 tahanan perang dipaksa berarak dari Ferrer Park ke Geylang. Ketika ramai sukarelawan Melayu dibenarkan pulang kerumah oleh tentera Jepun, kebanyakkan pegawai tentera berbangsa Melayu tetap ditahan dan dibawa ke Bedok dimana mereka semua akan ditembak mati oleh skuad penembak tentera Jepun.

Kesemua tahanan dibawa ke kawasan lapang untuk mendengar keputusan terhadap pilihan yang diberi. Rasa marah tentera Jepun membuak-buak apabila kesemua pegawai askar Melayu yang ditahan sebulat suara memilih pilihan ketiga iaitu masih beruniform dan masih hendak menentang tentera Jepun.

Tentera Jepun arahkan mereka untuk menggali kubur sendiri sebelum hukuman tembak dijalankan.

Pada lewat petang, mereka diarah berbaris membelakangkan tentera Jepun untuk bersiap sedia untuk ditembak.

Akhirnya, semua pegawai tentera Askar Melayu tersebut ditembak mati selepas beberapa das tembakan dilepaskan oleh tentera Jepun.

Mayat mereka dengan tangan berikat ditinggalkan di tempat mereka ditembak iaitu di satu kawasan yang sebelumnya merupakan tempat perlindungan serangan udara di kaki bukit dekat Bedok.

BACA: “Berkahwin lebih 20 tahun, tak pernah pun merasa sikit kebahagiaan, patutlah anak-anak pun ikut perangai suami..”