Perasan tak, depan pintu masuk pasaraya ada ‘aircond’, ini sebabnya bukan saja-saja pasang

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Setiap kali melangkah ke dalam pasaraya besar, pasti anda perlahan langkah ketika melalui pintu masuk kerana terdapat tiupan angin dari bahagian atas pintu

Ada yang berhenti sebentar di pintu itu untuk menikmati kesejukkan sebelum memasuki ruang dalam pasaraya.

Walaupun fenomena ini biasa berlaku, tahukah anda sebenarnya apa tujuan angin itu ada di setiap pintu masuk bangunan seperti pusat membeli-belah?

Anda mungkin fikir ia sekadar untuk menyegarkan udara di pintu masuk, tetapi sebenarnya ia mempunyai alasan yang lebih mendalam.

Pertama-tama, angin yang tiup pada pintu masuk berfungsi untuk memisahkan suhu yang berbeza antara luar dan dalam bangunan.

Perasan tak, depan pintu masuk pasaraya ada 'aircond', ini sebabnya bukan saja-saja pasang

Biasanya, suhu di dalam pusat membeli-belah adalah sejuk, berbeza dengan suhu panas di luar terutamanya pada waktu tengah hari.

Dengan adanya angin kuat pada pintu masuk, ia membantu menghalang suhu panas dari masuk ke dalam bangunan. Ini menjadikan ruang udara di dalam bangunan dapat dikekalkan pada suhu sejuk tanpa campuran suhu panas dari luar.

Kedua, penggunaan angin ini juga membantu menjimatkan penggunaan tenaga dalam penyelenggaraan bangunan. Tanpa angin yang memisahkan suhu, penyelenggara bangunan perlu meningkatkan penggunaan penghawa dingin untuk mengekalkan suhu sejuk dalam bangunan

Ini bukan sahaja meningkatkan kos penyelenggaraan tetapi juga penggunaan tenaga elektrik yang lebih tinggi. Dengan menggunakan angin pada pintu masuk, suhu sejuk dapat dikekalkan dengan lebih efisien, menjimatkan kos tenaga elektrik.

Ketiga, fungsi angin ini juga melibatkan penghalangan serangga dari memasuki bangunan. Angin yang kuat pada pintu masuk membuatkan serangga sukar untuk masuk ke dalam ruang bangunan, menjaga keselesaan pengunjung dari gangguan serangga yang tidak diingini.

Terakhir, aliran angin pada pintu masuk juga membantu dalam memelihara kualiti udara bersih di dalam bangunan. Ia dapat menghalang masuknya pencemaran seperti asap dari luar bangunan, debu, dan kotoran lain yang boleh mempengaruhi kualiti udara dalam bangunan.

Dengan demikian, angin yang tiup pada pintu masuk bukan hanya untuk menyegarkan udara tetapi mempunyai peranan penting dalam menjaga keselesaan dan kualiti udara dalam bangunan komersial seperti pusat membeli-belah.

BACA: “Gaji aku besar, tiap-tiap bulan aku bagi nenek RM1000, baru mak ayah terhegeh cari aku”