Perdana menteri seru semua pihak hadam titah Agong – Ada kaitan dengan perhimpunan Najib?

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan semua pihak agar benar-benar memahami dan menerima titah Yang di-Pertuan Agong yang dikeluarkan hari ini.

“Semua perlu baca, hadam, dan terima apa yang titah Tuanku sampaikan,” tegasnya dalam satu kenyataan ringkas kepada media ketika beliau melakukan lawatan kerja di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Kenyataan tersebut dibuat susulan pengumuman Istana Negara yang menyatakan bahawa individu yang ingin memohon pengampunan

atau pengurangan hukuman, perlu melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya oleh wartawan mengenai kaitan kenyataan tersebut dengan perhimpunan yang akan diadakan oleh Umno dan disokong PAS pada hari Isnin depan

Perdana menteri seru semua pihak hadam titah Agong – Ada kaitan dengan perhimpunan Najib?

bagi menyuarakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Anwar hanya menjawab: “Kena baca, kena baca.”

Sebelum itu, Istana Negara juga mengeluarkan kenyataan bahawa banduan yang ingin mendapatkan pengampunan atau pengurangan hukuman perlu memohon kepada Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan pada mesyuarat akan datang.

Dalam kenyataan yang sama, Istana Negara turut mengingatkan semua pihak agar menghormati perlembagaan serta undang-undang yang telah ditetapkan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan perancangan demonstrasi anjuran Umno yang turut disokong oleh PAS, untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Najib Razak, yang dijangka akan diadakan minggu depan.

Najib Razak sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kes SRC International Sdn Bhd, yang melibatkan dana sebanyak RM42 juta.

Terdahulu, ada desas-desus yang mengatakan bahawa terdapat titah tambahan dari Agong terdahulu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang membenarkan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah. Najib kini sedang memohon untuk semakan kehakiman berkaitan pelaksanaan titah tersebut.

BACA: Perjalanan hidup Amin Idris: Dari nama James Kelson ke pengacara terkenal, Ini kisah inspirasi beliau!