Tuan Ibrahim “jek” boss pun janganlah sampai terbalik

Tuan Ibrahim “jek” boss pun janganlah sampai terbalik

Memuji dan menyanjung seseorang tidak salah, asalkan pada tempatnya, dan pemujaan kita kepadanya jelas dengan kebolehan dan kemampuan dimiliki orang yang dipuja. Kita diminta bersalawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana kehebatannya yang telah disebut Allah. Baginda maksum dan memiliki mujizat.

Saya turunkan peringatan dan nasihat ini kepada Menteri MeWa = Bahlul dan Bodoh (Menteri Alam Sekitar dan Air) yang memberi prediction yang begitu tinggi kepada bosnya Abdul Hadi Awang dilantik jadi Duta Khas ke Timur Tengah.

Terperagah saya membaca ulasan beliau terhadap pelantikan Hadi ke 16 negara Timur Tengah itu yang boleh meningkat pelaburan dan mempertingkatkan hubungan politik di antara negara-negara itu dengan Malaysia.

Tuituman melihat kemampuan itu berdasarkan kepada latar belakang pendidikan Hadi yang lulus dalam bidang syariah Islam dan sais politik dan kononnya mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara-negara berkenaan.

Tidak salah kalau dalam mata Tuan Ibrahim, Hadi adalah seorang jaguh atau seorang “satria pingitan.” Tetapi meletakkan pujian dan harapan yang tidak masuk akal itu menggambarkan kebodohan dan ketaksuban kita. Cara Tuituman memuji Hadi seperti pencinta barangan purba dan pengawal ilmu mistik mempercayai kepada keris lama jika dipuja dan didupakan ia boleh bergerak sendiri.

Kalau dalam bidang sirah, hadith, sejarah para Nabi, Hadi memang pakar, tetapi kalau dalam bidang perdagangan, apa lagi sawit dia tersangat bebal dan jahil tukil, kata orang Kubang Kerian. Hadi tidak ada track record itu. Tuituman kerana terlalu memuja Hadi hinggakan lupa melihat sejarah yang diraih Hadi semasa memerintah Terengganu selama satu penggal.

Kebolehan dan kejayaan Hadi memerintah Terengganu tidak terlawan dengan kemampuan Ahmad Samsuri Mokhtar yang baru pegang Terengganu tidak sampai dua tahun sudah berjaya mengubah landskap politik negeri penyu itu dan macam-macam idea pembangunan ekonomi sosial dilakukan.

Kepada Tuan Ibrahim jadilah seorang yang waras, tidak memuja sesuatu yang bukan-bukan dan meletakkan harapan kepada gajah untuk membina jambatan dari gunung ke gunung. Karut. Jagalah sedikit wibawa dan jangan dedahkan sikap kehambaan sesama manusia berlebihan kerana anda diharap akan memimpin Pas di masa akan datang. Trims.

Sumber :