Kota suci Mekah baru-baru ini dilanda cuaca ekstrem yang mengakibatkan beberapa kawasan tenggelam akibat banjir, lapor akhbar Metro UK.
Rakaman video yang tersebar di media sosial memperlihatkan hujan lebat yang menyebabkan banyak kawasan kejiranan terendam.
Di Al-Awali, tenggara Mekah, sekumpulan lelaki berganding bahu membentuk rantaian manusia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir.
Dalam video lain, seorang lelaki dilihat bergegas untuk membantu pemandu penghantaran yang terjatuh daripada motosikal akibat banjir yang datang mendadak.
Keadaan semakin kritikal apabila banyak kereta dan sebuah bas pelancong terkandas di tengah jalan disebabkan oleh air banjir yang naik dengan cepat.
Bukan hanya Mekah, beberapa kawasan lain di Kerajaan Teluk seperti Madinah turut terjejas dengan hujan luar biasa yang melanda.
Wilayah Riyadh, Al-Baha dan Tabuk juga sedang bersiap sedia untuk menghadapi kesan cuaca buruk ini, menurut laporan media tempatan.
Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) mengeluarkan ramalan hujan lebat disertai ribut petir dan debu sepanjang minggu ini, yang dijangka berlanjutan hingga Rabu (esok), lapor Saudi Press Agency.
BACA:Â Ini asal usul sebenar Ajinomoto, kalau ramai tahu mesti terus boikot