Perjuangan Bersatu berbeza dari UMNO, exco Armada jawab pemimpin UMNO

Perjuangan Bersatu berbeza dari UMNO, exco Armada jawab pemimpin UMNO

Menjawab kepada kenyataan Dato Seri Nazri Aziz (Padang Reggas) Dato Seri Tajuddin (Pasir Salak) dan beberapa pimpinan UMNO lain sebelum ini berkenaan pelawaan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk kembali semula pada UMNO.

Tidak perlu mana-mana pimpinan UMNO mengajak Tan Sri Muhyiddin masuk UMNO dan menjadi Presiden UMNO kerana yang paling penting adalah kita semua memikirkan cara memperkukuhkan politik parti masing-masing dengan ukhwah yang baik.

Buat apa kita menimbulkan spekulasi yang tidak sihat kepada kedua-dua buah parti. Sebagai pemimpin parti kita perlu menjadi agen penyatuan dan menyakinkan rakyat dengan keupayaan mengurus tadbir kerajaan.

Parti Bersatu mempunyai etos perjuangan yang berbeza dengan UMNO walaupun terasnya parti Melayu dan Bumiputera. Maka tidak perlu timbul isu Bersatu masuk UMNO.

Sebenarnya kita boleh bersatu dalam wadah yang berbeza melalui Perikatan Nasional. Kita perlu bekerjasama dan menutup sebarang ruang perselisihan di dalam sebuah pakatan politik yang stabil tanpa Bersatu masuk UMNO.

Cukup-cukuplah kenyataan yang boleh membawa kepada salah faham dalam kalangan kedua-dua ahli parti. Harmonikan bukan mencipta persepsi. Jangan ulangi kesilapan PH.

Muzzammil Ismail
Exco Armada Nasional Bersatu

Sumber :