‘Perkara ini bukan Islam, ini dah ajaran syaitan’ Dr Akmal Saleh gesa GISBH diharamkan

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

‘Haramkan GISBH jika benar’ dalam hantaran di Facebook, Akmal Saleh menyatakan bahawa pihak berkuasa perlu bertindak tegas

Dan mengambil tindakan paling berat terhadap pelaku jika benar penghuni rumah amal itu dididik dengan cara meliwat.

“Jika benar perkara ini berlaku (liwat), kerajaan sudah boleh mengharamkan pertubuhan ini, dan hukuman paling berat perlu dikenakan kepada pelaku,” katanya.

Sebelum ini, timbul kekecohan mengenai Ops Global yang dijalankan semalam di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan milik pertubuhan itu.

Modus operandi yang didapati menunjukkan penghuni dididik dengan kaedah yang sama, kemudian menjadi mangsa liwat penjaga serta dipaksa meliwat kanak-kanak lain.

'Perkara ini bukan Islam, ini dah ajaran syaitan' Dr Akmal Saleh gesa GISBH diharamkan

Akmal turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk mengharamkan pertubuhan GISBH dan meneruskan siasatan serta operasi terhadap semua cawangan rumah amal yang dimilikinya, memandangkan kanak-kanak dan remaja dipercayai menjadi mangsa eksploitasi.

“Memohon kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau sedang berada dalam situasi yang sama tentang perkara sesat sebegini untuk tidak takut melaporkannya kepada pihak berkuasa. Ini bukan ajaran Islam, ini sudah menjadi ajaran syaitan,” tegasnya.

Terdahulu, serbuan ke atas 20 rumah amal telah mengejutkan ramai apabila terdapat dakwaan bahawa penghuni, yang berusia antara satu hingga 17 tahun, dieksploitasi.

Dalam Ops Global, pihak berkuasa juga mengesyaki bahawa penghuni diajar untuk meliwat dan menjadi mangsa liwat oleh pengajar, malah mereka turut didera dengan objek panas jika melakukan kesilapan.

Sebanyak 20 rumah amal di Selangor (18) dan Negeri Sembilan (2) telah diserbu, dan seramai 402 penghuni, yang terdiri daripada 201 lelaki dan kanak-kanak serta 201 perempuan, telah diselamatkan.