Perkataan ‘Cerakin’ yang diguna Anwar jadi bualan satu Malaysia

Perkataan Cerakin yang diguna Anwar jadi bualan satu Malaysia

Perkataan ‘Cerakin’ yang diguna Anwar jadi bualan satu Malaysia. Sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tumpuan apabila beliau menggunakan perkataan ‘cerakin’ semasa sesi tersebut.

Segolongan warga maya terus menggunakan enjin carian, Google untuk mengetahui maksud ‘cerakin’ yang disampaikan oleh Perdana Menteri semasa bercakap mengenai subsidi.

Ada juga antara mereka yang mengatakan selepas ini mereka perlu menyediakan Kamus Dewan Bahasa semasa menonton sidang media Perdana Menteri.

Lebih menarik, ada yang berpendapat bahawa Kamus Dewan Bahasa akan habis di pasaran akan “sold out”.

Cerakin.. kamus please https://t.co/Gj6D00yMsd

Perkataan'Cerakin' yang diguna Anwar jadi bualan satu Malaysia

— Mazlatif (@mazlatif74) November 27, 2022

Ak smpai google maksud cerakin. Huhu mantap dsai. PM10 mmg tinggi bahasa melayu dia. #DSAIPM10 https://t.co/HFrTxeHCNr

— aliNA (@aliNA181121) November 27, 2022

Lepas ni kena rajin rajin bukak kamus DBP https://t.co/WSxYS4gInQ

— Arii (@EhhArinaa) November 27, 2022

Kamus Dewan Bahasa Pustaka sold out. https://t.co/ljtERi2IPY

— Cik Anas (@anas_cik) November 27, 2022

Kena google apa maksud cerakin

— Bett (@zubir2311) November 27, 2022

Sidang media beliau terhenti seketika bagi menjawab maksud cerakin sama ada ia merupakan istilah baru atau sebaliknya.

“Istilah baharu?… Istilah tu lama,” katanya kepada media semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 di Putrajaya pada Ahad.

Ada juga komen lucu daripada netizen yang mengatakan bahawa kali terakhir mereka mendengar perkataan ‘cerakin’ itu semasa di bangku sekolah.

Last aku dengar perkataan cerakin ni masa sekolah rendah dulu ha3

— Danil II Illyich (@hdxzb) November 27, 2022

Lama tak dengar ayat cerakin nie, last dengar waktu belajar matematik sekolah rendah

— m.azrulmahdzir (@AtoiBaik) November 27, 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu untuk kementerian berkaitan menyiapkan kertas kerja berhubung pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat.

Menurutnya, kesan subsidi kepada rakyat perlu diperhalusi dan menurut beliau, ia perlu diberikan secara bersasar kerana subsidi diberikan sekarang turut dinikmati golongan kaya dan industri.

BACA:

Anwar PM10: Harga ikan kembung kembali stabil, hasil laut meningkat

Majoriti orang ramai tolak Tok Mat, Hishamuddin jadi TPM

Azal terkentut masa tengah buat ‘scene’ sedih buat penonton berdekah

CATEGORIES