Permohonan rumah PPR 2023 dibuka, ini cara mohon

Permohonan rumah PPR 2023 dibuka ini cara mohon

Permohonan rumah PPR 2023 dibuka, ini cara mohon. dimaklumkan bahawa semua permohonan pelan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki akan diberitahu dari masa ke semasa.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang PPR Dimiliki

Bagi menempatkan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah, kerajaan telah merangka satu skim iaitu Program Perumahan Rakyat. Agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia adalah Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Untuk pengetahuan pembaca, PPR boleh dikategorikan kepada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Setiap rumah yang dibuat di bawah setiap program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan mengikut spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Permohonan rumah PPR 2023 dibuka ini cara mohon

Harga bagi PROJEK PPR (DIMILIKI)

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak. Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Ciri-ciri PPR

1.PPR di kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingk at
2.PPR di Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
3.Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
4.Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
5.Kemudahan Asas:

  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  • Surau/Ruang Solat
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

Syarat-Syarat Permohonan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan PPR Dimiliki ini, permohonan dibuka melalui 2 cara iaitu Permohonan secara manual dan permohonan diatas talian.

  • Untuk Permohonan secara manual anda boleh pergi ke cawangan atau menghubungi Bahagian Perancangan Dan Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri dibawah ini:

Pemohon-pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di cawangan seperti berikut:

1.PERLIS INDERA KAYANGAN

2.KEDAH DARUL AMAN

3.PULAU PINANG

4.PERAK DARUL RIDZUAN

5.SELANGOR DARUL EHSAN

6.NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

7.MELAKA

8.JOHOR DARUL TAKZIM

9.TERENGGANU DARUL IMAN

10.KELANTAN DARUL NAIM

11.PAHANG DARUL MAKMUR

12.KUALA LUMPUR

13.SABAH

14.SARAWAK

15.WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Permohonan Secara Online: Anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web rasmi Sistem Perumahan Rumah Negara (SPRN). Sila layan laman web rasmi dibawah:

LOGIN SISTEM PERUMAHAN RUMAH NEGARA

Anda perlulah mendaftar akaun terlebih dahulu jika pertama kali masuk dalam laman web diatas. Anda perlu isi maklumat yang dikehendaki di laman web SPRN. Kemudian, anda boleh mendaftar masuk ke akaun dan bolehlah mengisi borang permohonan rumah PPR dibahagian negeri yang anda kehendaki.

Sebarang maklumat atau persoalan, anda dialu-alukan merujuk ke :

Jabatan Perumahan Negara

Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel:03 – 8000 8000

Atau, anda boleh merujuk talian hotline Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan boleh menghubungi di talian yang telah ditetapkan mengikut negeri-negeri dalam Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh ditanyakan di talian berikut:

HUBUNGI KAMI

Bahagian Perancangan Perumahan
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Melalui emel
Masalah Aplikasi: [email protected]

BACA:

Pemimpin tarekat Tarekat al-Naqsyabandiah ditangkap bersembunyi di Gombak

Elfira Loy bimbang lagu Wednesday boleh sesatkan anak muda

Terkejut Aliff Satar tengok Mufti Menk solat disebelahnya

CATEGORIES