Pernah tak korang terbayang tidur di Istana lama Jepun? Ini benda misteri yang bakal berlaku jika menginap disana

Oleh GEMILANGDAILY

Pernah tak korang terbayang tidur di Istana lama Jepun? Ini benda misteri yang bakal berlaku jika menginap disana.

Di negara Jepun, penginapan di istana dan kuil telah meningkat dalam populariti sebagai pengalaman istimewa

yang membolehkan pelancong antarabangsa untuk menikmati pengalaman kehidupan sebagai golongan bangsawan Jepun atau sami semalam.

Pernah tak korang terbayang tidur di Istana lama Jepun? Ini benda misteri yang bakal berlaku jika menginap disana

Sebagai sumber maklumat rasmi tentang pelancongan ke Jepun, Japan National Tourism Organization Kuala Lumpur Office (JNTO KL) dengan sukacita berkongsi maklumat tentang pengalaman penginapan unik yang mencerminkan sejarah dan budaya Jepun.

Istana Ozu, yang terletak di Prefektur Ehime, ialah istana pertama di Jepun yang membenarkan tetamu menginap di menaranya. Istana ini telah dibina semula pada tahun 2004 dengan penggunaan semula teknik tradisional berdaftar UNESCO khusus demi projeknya, dan pintunya pertama dibuka kepada pelancong dari seluruh dunia pada tahun 2020.

Anda dapat menghayati kemegahan dan suasana purba seperti tuan pertama domain Ozu, Sadayasu Kato, pada tahun 1600-an, serta menikmati hidangan malam dalam gaya abad ke-17. Istana Ozu dan Garyu Sanso, sebuah kompleks teh yang bersejarah, telahpun diisytiharkan sebagai Harta Budaya Penting Jepun.

Istana Hirado

Tidak jauh dari pantai Pulau Kyushu di Prefektur Nagasaki ialah Istana Hirado, yang mempunyai menara bersejarah, Kaiju Yagura. Setelah kerja-kerja pengubahsuaian pada tahun 2020, hiasan dalaman menara ini kini menampilkan gaya moden yang berestetika Jepun, sesuai bagi mereka yang ingin menyelami budaya Hirado.

Istana Hirado juga menawarkan perkhidmatan untuk menyusun pelbagai aktiviti kebudayaan yang unik seperti iaijutsu, teknik menetak pedang yang diamalkan oleh samurai, hidangan khas oleh tukang masak peribadi, dan juga sewaan pakaian kimono Jepun bagi upacara minum teh hijau di sebuah kuil Zen Jepun yang berdekatan.

Bagi mereka yang menginginkan pengalaman spiritual di Jepun, penginapan di kuil mungkin akan lebih menarik minat. Di Zenkoji di Prefektur Nagano, salah satu kuil Buddha tertua dan terpenting di Jepun, tetamu boleh menyertai aktiviti-aktiviti rohani seperti upacara ‘goma’, ‘shakyo’ (meditasi sambil kaligrafi) atau ‘zazen’ (meditasi duduk) selepas menghadiri ‘O-Asaji’ (upacara pagi).

Ia juga terkenal dengan shojin ryori (masakan vegetarian tradisional) yang bermusim dan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan. Bandar Nagano boleh diakses dari Stesen Tokyo dalam masa kurang dari 2 jam melalui shinkansen, dan adalah antara tempat yang sesuai untuk dikunjungi bagi mereka yang mencari penginapan semalaman di luar kota Tokyo.

Mereka yang lebih suka pengalaman eksklusif boleh memilih untuk melawat Miidera Temple di Prefektur Shiga. Menjelang ribuan tahun, kuil ini telah lama mengalu-alukan kunjungan semua lapisan masyarakat.

Istana Hirado

Kuartersnya yang berusia 400 tahun tersedia sebagai tempat pelancongan peribadi, dan menawarkan pelbagai pengalaman mengasyikkan bagi menghubungkan tetamu bersama Miidera dan budaya tempatannya.

Sajian malam eksklusif yang dihidangkan oleh Kiyomoto, salah satu restoran Kaiseki yang terkenal di Shiga, serta aktiviti shakyo, zazen dan yamabushi (bersiar-siar pertapa gunung) juga tersedia di sini.

Sama ada istana atau kuil, maharaja atau sami, penginapan unik seperti ini bukan sahaja tempat untuk bermalam, tetapi cara untuk menyelami budaya dan sejarah yang kaya di sekitar Jepun.

Pada tahun 2023, pelancong boleh menantikan pembukaan beberapa penginapan unik baru lagi, termasuk Istana Fukuyama, Prefektur Hiroshima dan Istana Nakatsu, Prefektur Oita.

BACA:

Kempunan nak jadi Menteri semula, Pas bina semula kementerian di Palestin

Tak sangka! Rupanya Didiey Alias bekas isteri ‘King’ yang ramai tak tahu