Perniagaan lain terjejas mengapa kilang arak dapat keistimewaan?

Perniagaan lain terjejas mengapa kilang arak dapat keistimewaan?

ARMADA Bersatu Malaysia mendesak pihak Kerajaan untuk memberi penjelasan mengenai kebenaran beroperasi KILANG ARAK HEINEKEN sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Mengikut garis panduan yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) HANYA 10 PERKHIDMATAN PERLU SERTA RANTAIAN DAN SEKTOR KRITIKAL SAHAJA yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini. Adakah kerajaan menyifatkan Arak dan minuman keras yang jelas haram ini dalam kategori keperluan/kritikal?

RIBUAN PERNIAGAAN HALAL DAN MILIK BUMIPUTERA TERJEJAS akibat COVID-19 dan PKP terutamanya bagi industri kecil dan sederhana. MENGAPA PENGECUALIAN KHAS DIBERIKAN KEPADA KILANG ARAK HEINEKEN ini sedangkan terang-terangan perniagaan mereka adalah haram? Adakah kerana kilang ini mempunyai kaitan dengan orang berkepentingan?

Justeru, ARMADA Bersatu Malaysia menuntut penjelasan yang sewajarnya perihal ini. TIDAK MOLEK NAMPAKNYA KERAJAAN “MELAYU ISLAM” MEMBERI KELEBIHAN KEPADA SYARIKAT YANG MENJUAL PRODUK YANG JELAS HARAM DISISI ISLAM.

Kenyataan Bersama,

Abu Hafiz Bin Salleh Hudin
(EXCO AGAMA ARMADA BERSATU NASIONAL)

Ulya Aqamah Bin Husamudin
(KETUA PENERANGAN ARMADA BERSATU NASIONAL)

Sumber :