Pertuduhan terhadap LGE dedahkan tiada transaksi duit pun sebenarnya berlaku

Pertuduhan terhadap LGE dedahkan tiada transaksi duit pun sebenarnya berlaku

Alhamdulillah… Aku rasa bersyukur membaca pertuduhan kepada Lim Guan Eng pagi tadi, tidak ada satupun bukti atau pertuduhan transaksi , atau faedah yang diperolehi oleh Lim Guan eng berjaya dikesan sepertimana yang aku jangkakan…. Malah satu pendakwaan yang aku anggap jenaka,

Dan mungkin satu rekod baru.. Rasuah diminta atas kadar peratusan dari keuntungan, Bukan dari nilai yang diterima sebagai jumlah suapan dan faedah penerima… seperti sebuah urusniaga perniagaan pulak..

2- HIKMAH DARI ATURAN ALLAH…

Kadang kadang aturan dan ketentuan Allah itu jauh lebih baik dari perancangan Manusia.. Hari ini Dr Mujahid yang selama ini difitnah menjual Aset tabung Haji , melingkupkan Tabung Haji, dibebaskan dari segala tuduhan dan fitnah dari mulut mereka sendiri..

Lebih hebat, Mereka sendiri takut untuk melakukan RCI walaupun itu yang mereka desak selama ini.. Sudah pasti penubuhan RCI itu hanya akan membuktikan Kejayaan Dr Mujahid dalam pengstrukturan semula Tabung Haji..

Begitu juga tuduhan penyalahgunaan wang dan dana Tabung Harapan oleh PAS dan UMNO selama ini.. Kebenaran, dan pembersihan segala fitnah itu datang dari Soalan MP UMNO semalam dan jawapan dari Menteri Kewangan Tg Zafrul sendiri..

Ya, Sebelum ini, Antara isu yang sering dimomokkan oleh pemimpin PAS dan UMNO..tuduhan dari pembelian Banglo dan Projek Terowong.. sukar untuk kita nafikan.. Boleh jadi kes Banglo, Kemenangan perbicaraan dalam perbicaraan Lim Guan Eng itu berlaku dalam pemerintahan PH..kedudukan Kerajaan PH itu sukar menyakinkan mereka sebagaimana kes Adib yang difitnahkan kepada Tommy Thoomas..

Dan bagi aku ini peluang sekali lagi, Imej dan tuduhan terhadap Lim Guan Eng dibersihkan oleh Kerajaan mereka sendiri melalui proses hukum dan Pembuktian di Mahkamah..

Ada ketika kita nampak, sesuatu perkara itu seakan buruk bagi kita.. hakikatnya ia sebenarnya baik.. sebagaimana firman Allah..

وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah Al Baqarah: ayat 216).

Itu sebab aku kata, Kita perlu kekalkan Kerajaan tebuk atap ini untuk sementara waktu, sebab hikmahnya besar… cara yang Allah aturkan tidak terbayang dengan mata kasar hatta dalam imiginasi kita.. hatta diluar kemampuan kita diwaktu kita punyai kuasa.. maka benarlah firman Allah itu ” Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ”

3- AKU MEMBELA LIM GUAN ENG SEBAGAIMANA ALLAH MEMPERTAHANKAN YAHUDI YANG DIFITNAH DAN DI ZALIMI…

Menarik untuk aku bicarakan apa yang aku dengar dari bicara Tazkirah Sheikh Al Azhar, sheikh Ahmed Tayyeb dalam bulan Ramadhan yang lalu dalam menafsirkan ayat 105 surah An-Nisaa’..

Antara sebab turun ayat ini, kebanyakan Mufassirin membawakan sebuah kisah antara sahabat Nabi, Thu’mah bin Ubairiq dari kalangan Anshar dan Zaid as Saimin dari kalangan Yahudi Madinah…

Suatu ketika Thu’mah mencuri baju perang milik Qatadah bin an Nu’man. bila perbuatannya hampir diketahui, Thu’mah segera berlari ke rumah kejiranan kaumnya, yang kebetulan orang yahudi bernama Zaid Saimin dan memberikan baju besi kepada Zaid..

Lalu Qatadah membawakan hal ini ke pengetahuan Nabi ﷺ.. antara nama yang disyaki adalah Thu’mah bin Ubairiq, Dan bagi melepaskan diri, thu’mah menuduh Zaid saimin yang mencuri baju besi tersebut..’

Di dalam kisah Thu’mah, Hampir sahaja Nabi tersalah membuat hukum, atas rencana jahat dan khianat mereka.. lalu turun lah Ayat 105 surah An-Nisaa membela Yahudi tersebut dan menegur Nabiﷺ jangan membela kelompok Pengkhianat (Pencuri ) itu.. maka turun lah ayat ini..

وَلَا تُجَادِلْ عَنِ الَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنْفُسَهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ خَوَّانًا أَثِيمًا..

” Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dengan dosa..”

Di dalam ayat seterusnya.. Allah mengingatkan, antara Sifat Khianat itu, Mereka melakukann perencanaan dan bersembunyi atas kerja jahat mereka..

يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرْضَىٰ مِنَ الْقَوْلِ..

Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak dapat bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai..

Dalam ayat diatas, Mereka ini cuba menyembunyikan kerja jahat mereka,, lalu munuduh Non Muslim(Yahudi)

4- SETELAH MEREKA MELAKUKAN KHIANAT DAN MEREKA FITNAH NON MUSLIM YANG TAK BERSALAH..

Di dalam ayat seterusnya, Allah gambarkan antara sifat pengkhianat ini, Mereka sudah lah melakukan Dosa Khianat, lalu menuduh kelompok selainnya….

وَمَنْ يَكْسِبْ خَطِيئَةً أَوْ إِثْمًا ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئًا فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا (النساء : ١١٢)

Dan Barangsiapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa, kemudian dituduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, Maka Sesungguhnya ia telah berbuat suatu kebohongan dan dosa yang nyata. ..

(QS. An Nisa’ : 112)

jelas dari ayat diatas, Allah menurunkan pembelaan keatas kelompok Yahudi, Biarpun mereka itu membenci Nabi ﷺ.. Sebab Keadilan di dalam Islam itu bukan diukur samaada seseorang itu muslim atau tidak, kawan atau lawan…

Dalam tafsir Al Munir Sheikh Wahbah Zuhaili menjelaskan..

‎أمر الله تعالى رسوله أن يقضي بين الناس بالحق والعدل دون محاباة أحد، ولا إلحاق ظلم بأحد ولو كان غير مسلم

” Bahawa dari ayat ini memerintahkan Nabi ﷺ untuk memberi keputusan yang benar dan adil , menegakkan hak dan dan jangan berlaku zalim meskipun melibatkan dengan non-Muslim…”

Maka benarlah akan gambaran Akhir zaman kepada kelopok ruwaibidhah..

وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ…

.“ Para pengkhianat pada zaman itu dipercayai, sementara orang-orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada zaman itu pula Ruwaibidhah banyak berbicara…”

5- AGAMAWAN YANG MEMBELA PENGKHIANAT..

Dari kisat Thu’mah ini, Ia hampir sama dengan situasi kita hari ini.. Sebagaimana kabilah Bani Dhafar bin al Harits membela prompakan Thu’mah hanya kerana mereka ini kalangan dan berada dikedudukan yang mulia, atas sebab Semangat Ashabiyah pribumi Madinah, lalu cuba melakukan Fitnah kepada non Muslim dan Yahudi..

Hari ini ada kelompok Pengkhianat, malangnya datang dari kalangan agamawan,Mufti, para asatizah membela pencuri dan penyangak hanya kerana mereka itu datang dari kabilah dan bangsa mereka.. lalu mengfitnah kelompok selainnya, termasuk fitnah mereka kepada Non Muslim..

Ingat para Mufti dan Asatizah yang menjadi tulang belakang dalam episod pengkhianatan ini.. Nabi pernah sampaikan satu peringatan kepada mereka yang berlaku zalim ini..Hatta kepada Non Muslim.. Jangan ingat kemuliaan dan gelaran kamu akan menyelamatkan kamu dari kerja kerja jahat ini…

Sebagaimana Sabda Nabi ﷺ..

اتَّقُوا دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ وَإِنْ كَانَ كَافِرًا فَإِنَّهُ لَيْسَ دُونَهَا حِجَابٌ…

“Takutlah kamu akan doa orang yang di zalimi sekalipun yang berdoa itu orang kafir kerana sesungguhnya tiada hijab yang menghalang (tiada pembelaan) di antaranya dengan Tuhannya (saat manusia yang dizalimi itu meminta kepada tuhannya).”

(riwayat Ahmad)

Semoga Allah membebaskan Lim Guan Eng dari Fitnah mereka seperti mana Allah bebaskan Yahudi dalam Tafsir Surah Ani Nisaa ayat 105.. dan bersedialah pada balasan Allah bagi mereka yang bersama dalam pengkhianatan ini…

Ipohmali

Tazkirah Jumaat

7 Ogos 2020

Sumber :