Peruntukan besar JASA, Azmin dilantik ketua penerangan dan pengarah p’raya PN satu kebetulan? – Puad

Peruntukan besar JASA, Azmin dilantik ketua penerangan dan pengarah p’raya PN satu kebetulan? – Puad

Apabila Saifuddin Abdullah menyatakan dia tidak tahu peruntukan JASA sebegitu besar, ia menimbulkan banyak tanda tanya.

Pertama, apakah dia Menteri tidak ada kelas? Dia menambah lagi garam kepada kredibiliti kerajaan PN yang dikritik kuat ekoran Bajet 2021.

Mana mungkin dia tidak tahu. Jangan nanti rakyat tuduh Menteri PN buat kerja cincai di saat rakyat memerlukan kerajaan yang serius dan tidak politiking.

Kedua, siapa yang memandai mandai menjadikan bajet JASA begitu besar. Tidak mungkin Perdana Menteri apatah lagi KSU. Apakah ada Menteri yang lebih berkuasa. Elok Saifuddin berterus terang

Ketiga, mungkin Saifuddin bercakap benar. Dia hanya mangsa kepada “hidden agenda dan politiking dalaman”.

Apa pun nasi sudah jadi bubur. Kenyataan Saifuddin telah mencemarkan imej PM dan Kerajaan PN.

Elok kurangkan bajet JASA. Ambil balik bekas pegawai JASA yang ditamatkan kontrak dan jadikan JASA agensi yang efektif dengan bajet munasabah.

Apa pun tahniah Azmin Ali. Bukan setakat dilantik Ketua Penerangan PN tetapi Pengarah Pilihanraya PN. Apakah ini kebetulan?

Sumber :