Pesakit Covid-19 gatal, jururawat dakwa jadi mangsa gangguan seksual

Pesakit Covid-19 gatal, jururawat dakwa jadi mangsa gangguan seksual

Seorang jururawat membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual seorang pesakit di sebuah hospital di negeri ini pada Sabtu lalu.

Lebih malang, mangsa berusia 30 tahun itu mendakwa perbuatan tersebut dilakukan seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun yang sedang mendapatkan rawatan sebagai pesakit koronavirus (Covid-19).

Menurut laporan polis yang tular di media sosial, ketika kejadian mangsa sedang menguruskan pesakit itu dan mengambil darah dalam sebuah wad di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagaimanapun terkejut apabila lelaki terbabit mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya ketika berkomunikasi dalam telefon bimbit.

Maklumat yang diterima menyatakan individu itu membuka pembesar suara ketika bercakap dengan seorang wanita di talian.

Terdahulu tular satu laporan polis di Facebook yang dibuat oleh mangsa di Balai Polis Melaka Tengah bahawa dirinya diganggu individu terbabit dengan kata-kata berbaur lucah pada Sabtu lalu.

Dipercayai mangsa membuat laporan polis berkenaan kerana bimbang dengan kelakuan pesakit tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi hari ini mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes itu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Pengarah Kesihatan Negeri pula memberitahu, pihaknya sedia maklum berkenaan laporan polis oleh jururawat hospital berkenaan.

Siasatan dalaman jabatan juga sedang dilaksanakan secara komprehensif dan jabatan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/105120/KHAS/Isu/Jururawat-dakwa-jadi-mangsa-gangguan-seksual-pesakit