Petani jual air mani kerbau kini jadi kaya-raya

Petani jual air mani kerbau kini jadi kaya raya

Petani jual air mani kerbau kini jadi kaya-raya. Seorang petani di Thailand menjana pendapatan bulanan mencecah 1 juta baht (RM130,879) dengan menjual air mani kerbau, lapor laman berita Thaiger semalam.

Penternak kerbau air di seluruh Thailand menawarkan bayaran tinggi untuk air mani ‘Big Billion’ iaitu seekor kerbau air jantan berharga 30 juta baht (RM3.9 juta).

Mereka menggunakan kaedah permanian berhadas menggunakan air mani Big Billion ke dalam kerbau betina dengan harapan untuk melahirkan generasi kerbau baharu yang boleh dijual mahal seperti induknya.

Petani jual air mani kerbau kini jadi kaya raya

Pemilik Big Billion, Mongkol Mongphet berkata, selain kerbau itu menjana banyak pendapatan menerusi jualan air maninya, ia juga merupakan seekor haiwan ladang yang bekerja.

Jelas Mongkol, kerbau itu diibaratkan seperti sebuah traktor tanpa kos. Najisnya digunakan sebagai baja untuk menyuburkan padi dan tanaman lain tanpa menggunakan bahan kimia yang mahal dan tidak sihat.

Dalam pada itu, kerbau tersebut juga dibesarkan untuk kecantikan dan kekuatannya serta bersaing dalam pertandingan kebangsaan.

Pemenang akan menjual kerbaunya melalui lelongan pada harga berjuta-juta baht.

Terdapat lebih daripada 20 ekor kerbau di ladang ternakan Mongkol, tetapi Big Billion adalah ‘wira’, katanya.

BACA:

Peguam Hafidzah tampil perjelas hal sebenar selepas tarik diri bela Bainun

Aksi babak panas dalam filem Pulau, Aliff Satar akhirnya buka mulut

CATEGORIES