Petua bunuh lipas, guna minyak masak je… Kali ini ‘cik li’ pasti tewas

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

LIPAS adalah serangga perosak yang boleh membawa pelbagai penyakit berbahaya kepada masyarakat.

Walaupun banyak petua yang boleh dicuba oleh pemilik premis untuk membasmi lipas, tidak semuanya dijamin berkesan.

Namun, satu teknik yang dikongsi oleh Melizah di laman Instagram menunjukkan cara mudah dan efektif

untuk menghapuskan lipas menggunakan minyak masak terpakai.

Berikut adalah cara-caranya:

Petua bunuh lipas, guna minyak masak je... Kali ini ‘cik li’ pasti tewas

Bahan-bahan:

Minyak masak terpakai

Bekas plastik kosong

Langkah-langkah:

Masukkan minyak masak terpakai ke dalam bekas plastik.

Letakkan bekas tersebut di tempat yang sering dilalui oleh lipas dan biarkan selama beberapa hari.

Tidak lama selepas itu, anda akan melihat bekas tersebut dipenuhi lipas yang telah mati.

Teknik ini sangat berkesan kerana minyak masak terpakai mengandungi sisa makanan yang menarik perhatian lipas.

Selain itu, struktur minyak yang melekit menyebabkan lipas sukar untuk melarikan diri, dan akhirnya mereka mati kelemasan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

BACA: Mula-mula kucing, kali ini anjing pula jadi mangsa pembunuhan bersiri di UM, manusia je belum lagi