PH bawa usul tergempar berkaitan Covid-19 di sidang DUN Melaka

PH bawa usul tergempar berkaitan Covid-19 di sidang DUN Melaka

Umum maklum Malaysia khususnya Melaka tidak terkecuali dari dilanda pandemik Covid-19. Dari itu banyak sektor yang terkesan.

Pakatan Harapan negeri Melaka akan membawa satu Usul Tergempar Pelan Tindakan Komprehensif bagi menangani impak Covid-19 khususnya kepada Ekonomi dan sosial rakyat negeri Melaka. Sebagai makluman, usul tersebut telah diluluskan untuk bacaan.

Justeru selaku Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, saya mewakili teman-teman mengharapkan usul tersebut dibenar untuk dibacakan demi kepentingan bersama iaitu demi Melaka dan rakyatnya.

Dalam perkara yang lain, Pakatan Harapan juga membaca laporan beberapa portal berita yang memetik bahawa Yang Berhormat(YB) Datuk Wira Speaker akan ditukar dalam sesi kali ini.

Pakatan Harapan juga maklum tentang usul untuk YB Datuk Wira Speaker ditukar telah ditolak dan kami menghormati kuasa YB Datuk Wira Speaker yang telah diperuntukan dalam perlembagaan negeri.

Sumber: