PH Johor kecewa wujud pilih bulu dalam agihan bantuan

PH Johor kecewa wujud pilih bulu dalam agihan bantuan

Campur tangan politik dalam usaha kemanusiaan sempena Perintah Kawalan Pergerakan

Hampir semua ahli parlimen Pakatan Harapan telah dimaklumkan bahawa 1,000 unit bungkusan bantuan makanan bernilai RM100 akan disediakan untuk setiap kawasan parlimen.

Walau bagaimanapun, kami juga dimaklumkan ada campur tangan parti politik tertentu dimana senarai penerima bantuan dari Ahli Parlimen PH disisihkan dalam agihan bungkusan makanan kepada sasaran. Ahli Parlimen PH dengan bantuan pihak berkuasa sedia mengedarkan bungkusan makanan tersebut kepada orang ramai.

Kami mendesak kementerian mengambil pendirian tegas supaya semua 1,000 unit bungkusan bantuan diagih mengikut garis panduan dan keterlibatan ahli parlimen di setiap Kawasan.

Elakkan pengagihan mengikut penyokongan parti politik dalam suasana rakyat terbeban dengan kekurangan kewangan dan makanan kerana PKP. Ianya tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak sekiranya kerajaan mengambil langkah menyisihkan senarai nama yang dikemukan oleh MP PH. Malah ia menjejaskan usaha PKP seluruh negara untuk menawan wabak Covid-19 apabila agihan dilihat tidak adil.

Sekian,

Isnin 6 April 2020 bersamaan 12 Syaaban 1441 Hijrah

YB Aminolhuda Hassan
Pengerusi AMANAH Negeri Johor

YB Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor

YB Senator Liew Chin Tong
Pengerusi DAP Negeri Johor