Pihak yang mendakwa mereka tidak pernah tersilap maka dakwaan itu sendiri silap

Pihak yang mendakwa mereka tidak pernah tersilap maka dakwaan itu sendiri silap

Tidak ada manusia yang maksum di zaman ini. Hanya Nabi yang dijadikan oleh Allah azza wa jalla sebagai maksum. Manakala selain Nabi pastinya terdedah kepada salah dan silap. Oleh itu, Imam Malik (meninggal 179 Hijrah) berkata:

كل أحدٍ يؤخذ من قوله ويُترَك، إلا صاحب هذا القبر صلى الله عليه وسلم

Setiap seorang boleh diambil kata-katanya dan ditolak melainkan pemilik kubur ini sallallah alaih wasallam (Nabi). (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala’; jil. 8, hal. 94)

Imam Malik berkata lagi:

من ذا الذي لا يخطئ؟

Siapa lagi yang tidak tersilap? (Ibn Muflih, al-Adaab al-Syari’yyah, jil. 2, hal. 145)

Abdul Rahman bin Mahdi (meninggal 198 Hijrah) lebih tegas dari itu, beliau berkata:

من يبرئ نفسه من الخطأ فهو مجنون

Siapa yang mengatakan dirinya bersih dari silap maka dia gila. (Ibn Muflih, al-Adaab al-Syari’yyah, jil. 2, hal. 145)

Jika ada sesiapa yang mendakwa dirinya atau kumpulan kecilnya tidak pernah tersilap maka dakwaan itu sendiri silap. Justeru mana mungkin dia tidak pernah tersilap?

Dr Rozaimi Ramle

Sumber: