Pilih kasih dalam kes Khairuddin menjelikkan, kata pemuda Amanah

Pilih kasih dalam kes Khairuddin menjelikkan, kata pemuda Amanah

Pemuda AMANAH Nasional memandang jelik sikap pilih kasih kerajaan terhadap salahlaku Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memerintahkan kuarantin kendiri wajib selama 14 hari selepas pulang dari luar negara.

Kenyataan Media oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipetik media arus perdana mengesahkan bahawa Khairuddin hanya didenda sebanyak RM1,000 sahaja kerana melanggar perintah kuarantin dan menghadiri beberapa upacara dan majlis keramaian.

Kompaun yang dikenakan ini jauh lebih rendah dari hukuman yang dikenakan terhadap pemilik Nasi Kandar Salleh, Nezar Mohamed Sabur Batcha iaitu penjara selama 5 bulan dan denda sebanyak RM2,000, manakala Mak Cik Gelang Pink atau Nur Emah Mohamad Hashim pula dikenakan hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM8,000.

Apakah undang-undang di Malaysia membezakan di antara golongan pemerintah yang bebas membuat kesalahan manakala rakyat marhaen terus ditekan dan ditindas.

Pemuda AMANAH Nasional menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengemukakan kes Khairuddin kepada Peguam Negara agar beliau boleh didakwa di mahkamah seperti juga orang lain yang melanggar SOP PKP.

22 Ogos 2020

KEVIN SHAWN GOMEZ
Naib Ketua
Pemuda AMANAH Nasional

Sumber :