Seakan-akan pisang berbuah dua kali, pengguna media sosial baru-baru ini dikejutkan dengan penularan sekeping gambar
menunjukkan seorang Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang mengalami kesan lecur
di dada sebelah kanan. Dipercayai, ia merupakan hasil perbuatan aniaya oleh pihak seniornya sendiri.
Menurut fakta yang dikongsikan oleh @Themerdekatimes, gambar tersebut diambil
Daripada grup WhatsApp junior terbabit yang kini telah dipadamkan.
Namun, gambar itu sempat disimpan sebelum tular di media sosial seperti Instagram dan X (Twitter).
Dikatakan juga, kecederaan yang dialami oleh penuntut tersebut telah diketahui oleh jurulatih yang sedang menjalankan pemeriksaan berkala.
Ramai netizen menyuarakan kegusaran tentang nasib pelajar ini, dan berita tersebut akhirnya sampai kepada pengetahuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pihak ATM kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan tersebut, dan jika didapati bersalah, pelaku akan menerima hukuman yang sewajarnya.
Ini mengingatkan kita kepada nasib yang menimpa Zulfarhan Osman suatu ketika dahulu. 1 Jun 2017 adalah tarikh hitam
yang tidak mungkin dilupakan oleh keluarga Zulfarhan Osman apabila penuntut UPNM tersebut disahkan pergi buat selamanya akibat perbuatan aniaya daripada rakan seangkatannya sendiri.
Sebanyak 90 kesan lecur akibat ditekap dengan seterika ditemui pada 80% badannya.