PKP 2.0 : Jualan online hanya mampu jana 20% pendapatan, peniaga kedai makan melayu kini gulung tikar

PKP 2.0 : Jualan online hanya mampu jana 20% pendapatan, peniaga kedai makan melayu kini gulung tikar

Akhir2 ni banyak posting mengeluh daripada rakan2 peniaga restoran dalam menghadapi dilema PKP.

Bila baca komen2 ,mesti ada yang tanya…

…. ” kenapa x buat cod?”,

…..” x boleh dine in je kan…?bukan ke jualan bungkus masih boleh?..

Ada juga yang siap ajar macam mana nak jual online.., macam2 lah…

Gini ambo nak jelaskan…

Kami owner kedai makan memang dah bersedia dengan applikasi grab food, foodpanda, oda makan, masuk group COD fb, group wasap COD…hantar sendiri dan macam2 lagi semenjak awal buka kedai.

Jangan lah ingat kami ni pendek akal duk mengeluh sahaja menanti rezeki datang bergolek…

Kalau kami ni x panjang akal, kami x akan berniaga. Lebih baik makan gaji x payah pikir bagaimana nak survive setiap bulan.

Untuk pengetahuan anda yang mungkin x tahu…jualan online hanya merangkumi 20-30% sahaja daripada total jualan harian ..kalau total jualan 1k kami jual online hanya rm200 sahaja.

Musim PKP ni, order online dari aplikasi grab & foodpanda semakin sedikit kerana bertambahnya persaingan dengan jualan2 cod daripada surirumah2 dan mereka yang buat secara part time. Maklum lah, sekarangkan semua “work from home”.

Satu lagi nak tambah, Food panda kenakan caj 30% daripada harga jualan setiap makanan yang kita jual. Bukan kita yang dapat komisen…silap tu kena faham betul2. Sama juga dgn Grab Food..Food panda akan byr balik wang yang di credit ke akaun mereka seminggu sekali ke dalam akaun peniaga kedai makan. Untung kami makin sedikit dengan menggunakan applikasi ni. Tapi x kisah lah…asal laku. Masalahnya pesanan melalui aplikasi ini pun semakin kurang semasa PKP ni.

Dengan pendapatan RM200 – RM300 sehari ,kamu pikir cukupkah untuk kami kumpul bayar sewa lebih 5k sebulan…hampir 10k sekali letrik ,sewa parking, bil air dan sebagainya?

Itu belum masuk gaji…!

Sewa kedai tetap jalan setiap bulan.

Cukai bandar, cukai pintu pun berjalan mcm biasa. Installment brg2 kedai pun tetap kena bayar bulan2.

Jadi cuba lah jangan komen…. kenapa x jual COD ? Penat kami baca soalan mcm tu dr org ramai.

Peniaga yg mengeluh adalah kebanyakkan nya peniaga Melayu, yang Islam..

Mereka bakal akan bungkus sebulan lagi. Bukan seorang dua, kali ni mungkin beratus-ratus peniaga makanan di Kelantan akan bungkus.

Jangan pulak kata kami x peka kepada ancaman covid kepada negara. Kami juga sama2 nak membenteras dengan melaksanakan SOP yang di tetapkan…pada masa yang sama kami juga kena bayar sewa dan kena jaga pekerja supaya tidak lari.

Itu lah kenyataan yang kami terpaksa telan…dan anda semua perlu tahu.

Sekian..harap faham jangan asyik nak kecam.