PKP : Tumpuan Mat Sabu 100% pada kebajikan rakyat Kota Raja

PKP : Tumpuan Mat Sabu 100% pada kebajikan rakyat Kota Raja

Bang Mat tak nak cerita soal Politik ketika waktu ini Wabak Covid-19.

Beberapa hari lepas Bang Mat diminta ulas soal politik mutakhir ini dengan pantas Bang Mat menggelengkan kepala mengatakan “tak nak..”

Beberapa hari lepas Bang Mat ada membuat LIVE Video memberi pesanan khusus buat penduduk di kawasan Parlimen Kota Raja.

Beberapa ucapan dan nasihat Bang Mat untuk patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikelurkan kerajaan.

Dalam waktu-waktu ini sikap peduli Bang Mat terhadap penduduk dan pengundinya sentiasa sungguh-sungguh menitik berat perihal keperluan barangan dapur yang terputus bekalan dan terjejas pendapatan.

Hari demi hari masa demi masa sentiasa bertanya kepada pengurusan pejabat Pusat Khidmat Rakyat “ada lagi yang tak dapat bantuan..? Ingat.. Jangan sampai ada yang tak dapat makan..”

Jelaslah pendirian Bang Mat sentiasa dalam keberadaan dalam waktu yang betul-betul untuk digunakan khidmatnya..

Ada masa kita cerita soal politik ada masa kita perlu membantu rakyat dan jangan sesekali mengabaikan rakyat..

Sumber :