PKPB di Selangor, KL dan Sabah masih diteruskan hingga 20 Dis

PKPB di Selangor, KL dan Sabah masih diteruskan hingga 20 Dis

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan 14 hari lagi mulai 7 hingga 20 Dis ini.

Lanjutan PKPB di Selangor tidak termasuk Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Katanya, PKPB di Putrajaya, Perak, Kelantan, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pula akan berakhir tengah malam esok, di mana kawasan terbabit akan kembali kepada perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

“Keputusan dibuat selepas kes jangkitan di negeri dan daerah itu menunjukkan pengurangan sejak PKPB dilaksanakan, berdasarkan penilaian risiko jangkitan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun, Ismail berkata, beberapa daerah dan mukim yang dikategorikan zon merah atau kawasan berisiko tinggi di beberapa negeri masih diletakkan di bawah kawalan pergerakan ketat.

Ia termasuk mukim 12 Barat Daya dan 12 Timur Laut di Pulau Pinang, daerah Kinta, mukim Teha dan mukim Changkat Jong di Perak, daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas di Kelantan serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/05/pkpb-di-selangor-kl-dilanjut-hingga-20-dis/