PKPB: Semua upacara perkahwinan, pertunangan tak dibenarkan di Kelantan

PKPB: Semua upacara perkahwinan, pertunangan tak dibenarkan di Kelantan

Penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi tidak dibenarkan di Kelantan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Surat pemakluman Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga yang ditandatangani Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK, Tengku Kamaruddin Tengku Alias, memaklumkan arahan itu berkuat kuasa hari ini sehingga PKPB ditamatkan.

Katanya, selain itu majlis akad nikah yang berlangsung di rumah atau masjid juga hanya boleh dihadiri 20 individu termasuk pengantin.

“Pada masa sama, kursus praperkahwinan ditangguhkan. Perkhidmatan khidmat nasihat atau runding cara hanya dijalankan melalui dalam talian,” katanya.

Beliau berkata, sebarang arahan atau keperluan tertakluk kepada ketetapan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam perkembangan lain, Kelantan mencatatkan lapan kes terbaharu, COVID-19 semalam ini menjadikan 93 kes aktif dalam tempoh dua minggu.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menerusi Facebooknya memaklumkan daripada jumlah kes terbaharu itu, lima kes adalah kontak rapat Kluster Kaya, manakala dua kes kontak rapat Kluster Mengketil.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/11/757065/pkpb-majlis-perkahwinan-pertunangan-tak-dibenarkan-di-kelantan