PN akan dapat majoriti lebih besar dalam PRU 15 – Azmin

PN akan dapat majoriti lebih besar dalam PRU 15 – Azmin

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Azmin Ali yakin mampu mendapatkan majoriti lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Tambahnya, mereka telah membuat persiapan untuk menghadapi PRU akan datang.

“Dengan rekod sepanjang lapan bulan lepas, kami mampu mendapatkan majoriti lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh mengadakan sebarang pilihan raya ketika ini disebabkan oleh penularan Covid-19,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu semasa ditemu bual oleh Bloomberg TV.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai sokongan ahli-ahli Parlimen terhadap Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November lalu, Azmin berkata, tiada sebab ia tidak diluluskan.

“Tiada alasan untuk ahli-ahli Parlimen untuk tidak menyokong Belanjawan 2021 kerana ia dirangka untuk manfaat rakyat serta aktiviti ekonomi di Malaysia.

“Menteri Kewangan telah mengambil kira pendapat semua pihak untuk membuat pertimbangan,” katanya lagi.

Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka berhadapan dengan satu lagi cabaran minggu depan apabila ahli-ahli Parlimen akan mengundi Belanjawan 2021 pada Khamis.

Sepanjang dua minggu lalu, ahli-ahli Parlimen sama ada daripada pembangkang atau kerajaan menangguhkan sokongan mereka melainkan perubahan dibuat terhadap belanjawan tersebut.

Kegagalan untuk meluluskan Belanjawan 2021 boleh dianggap sebagai undi tidak percaya.- Agensi

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/11/20/azmin-percaya-pn-dapat-majoriti-lebih-besar-dalam-pru15/?amp

COMMENTS