PN terumbang ambing, peraturan baru Dewan Rakyat penuh muslihat

PN terumbang ambing, peraturan baru Dewan Rakyat penuh muslihat

Memang baik kita semua, termasuk ahli parlimen, mengambil segala langkah meminimumkan kemungkinan dijangkiti Covid-19.

Tapi kalau sampai sidang parlimen pun dihadkan kepada empat jam sehari dan kehadiran ahli dihadkan kepada 80 orang rasanya sudah sampai tahap melampau dan tidak masuk akal.

Nampak seolah-olah nyawa dan kebajikan ahli parlimen lebih penting daripada nyawa dan kebajikan orang lain. Atau ada udang di sebaliknya batu.

Orang politik selalu cakap rakyat jelata diutamakan. Tapi nampaknya sekarang, di bawah kerajaan Perikatan Nasional, nyawa dan kebajikan ahli parlimen lebih diutamakan.

Kalau macam itu, nampaknya tempoh kerja dan kehadiran kakitangan hospital, polis, tentera dan segala macam perkhidmatan kerajaan pun kenalah dihadkan kepada empat jam sehari dan 80 orang satu giliran.

Pasal apa nyawa dan kesihatan 222 anggota Dewan Rakyat lebih penting daripada nyawa dan kesihatan kakitangan lain? Ahli parlimen pun manusia macam orang lain juga.

Macam inilah. Oleh kerana ahli politik selalu berhujah kononnya mereka berkorban untuk rakyat jelata, kita cabar mereka potong gaji dan elaun mereka, khususnya elaun persidangan, kerana mereka hadir parlimen sekali-sekala dan itu pun untuk empat jam saja.

Saya tak tahu “brilliant idea” siapa mencaturkan sidang parlimen sebegitu rupa sehingga jadi macam mainan budak-budak.

Kita ada 33 juta penduduk dan hingga 4 November terdapat 35,425 kes Covid-19.

Ini menjadikan kita antara negara paling rendah kadar jangkitan berbanding jumlah penduduk.

Jadi tidak ada alasan hendak panik sehingga mengorbankan keberkesanan dan kewibawaan Parlimen.

Tidak tahulah pula kalau di sebalik pelaksanaan peraturan luar biasa parlimen itu ada muslihat yang tersirat memandangkan kedudukan kerajaan PN yang terumbang-ambing dan banyak usul tidak percaya telah dikemukakan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/549628