Pokok dihalaman rumah jadi punca lelaki dipenjara 23 tahun

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman yang turut mewajibkan tertuduh memakai alat pengesan elektronik selama 10 tahun.

Seorang lelaki dihukum penjara selama 23 tahun oleh sebuah mahkamah di Korea Selatan

kerana membunuh jirannya semasa bertengkar mengenai sebatang pokok.

Menurut laporan dari laman berita Korea Times, konflik itu bermula beberapa tahun lalu di daerah Cheorwon, wilayah Gangwon

Apabila mangsa menanam pokok pic yang akhirnya tumbuh dan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke panel solar milik tertuduh.

Pokok dihalaman rumah jadi punca lelaki dipenjara 23 tahun

Pada bulan April tahun lalu, tertuduh yang berang menyerang mangsa yang berusia 70 tahun menggunakan senjata

dalam satu pertengkaran. Serangan itu juga mencederakan isteri mangsa yang cuba masuk campur.

Selepas melakukan pembunuhan itu, dia memandu keretanya dalam jarak kira-kira 2.7 kilometer

dalam keadaan mabuk, sebelum keluar dari kenderaannya dan berkali-kali menjerit: “Saya telah membunuh seseorang.”

Lelaki tersebut mengaku melakukan perbuatan itu, manakala Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman yang turut mewajibkan tertuduh memakai alat pengesan elektronik selama 10 tahun.

BACA: “Tak guna punya budak, aku tinggalkan ko dengan mak ko kat sini kang! Baru 15 minit aku tinggalkan anak dengan suami, anak 3 tahun dah kena maki depan surau”