Pokok ini tiba-tiba keluarkan air dari dalamnya dah macam air terjun sampai lecak dah dekat nak banjir

Oleh GEMILANGDAILY

Pokok ini tiba-tiba keluarkan air dari dalamnya dah macam air terjun sampai lecak dah dekat nak banjir

Bumi kita ini dipenuhi dengan bermacam-macam kejadian atau fenomena yang unik dan misteri di merata dunia yang kebiasaannya akan menjadi salah satu daya tarikan pelancong.

Di suatu tempat di Montenegro, terdapat satu pokok yang agak bermisteri dan lain daripada yang lain. Sebelum itu nak tanya korang, pernah nampak pokok mengalirkan air?

Pokok ini tiba-tiba keluarkan air dari dalamnya dah macam air terjun sampai lecak dah dekat nak banjir

Di sebuah kampung yang dikenali sebagai Dinosa yang terletak di selatan Montnegro, terdapat satu pokok Mulberry yang sangat unik dan luar biasa.

Ini kerana pokok tersebut kadang-kadang dilihat mengalirkan air dari badannya seakan air terjun mini.

Namun apa membuatkan orang bertambah hairan dan tertanya-tanya adalah dari mana dan macam mana air boleh keluar dari pokok yang berusia sekitar 100 hingga 150 tahun itu.

Kejadian tersebut juga bukannya buatan atau dimanipulasi manusia tetapi berlaku secara semulajadi.

Menurut penduduk tempatan pokok Mulberry tersebut mula mengeluarkan air sejak lebih kurang 25 tahun yang lepas.

Menurut legenda tempatan, kejadian itu berlaku kerana ahli-ahli sihir Tuhala berkumpul di bawah tanah dan saling memukul satu sama lain dengan batang pokok hingga menyebabkan air melimpah keluar ke permukaan tanah.

BACA:

“Aku menangis mengenang anak bini kat rumah tengah lapar, aku bukan nak pinjam duit aku cuma nak pinjam motor je tapi kata-kata ayah buat aku terhina”