Polis boleh periksa telefon pula dah sekarang! Ini apa yang anda perlu ambil tahu

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Polis di Malaysia mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon bimbit seseorang jika terdapat kecurigaan atau maklumat yang menunjukkan individu tersebut mungkin terlibat dalam jenayah.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pemeriksaan telefon bimbit adalah sah di sisi undang-undang,

Berdasarkan beberapa seksyen yang termaktub dalam Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut Razarudin, kuasa ini diberikan melalui Seksyen 23(1) Kanun Prosedur Jenayah yang membolehkan pihak polis menyiasat komunikasi yang mungkin mengandungi unsur lucah, ancaman, atau ugutan

Selain itu, Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia memberikan hak kepada pihak berkuasa untuk mengakses data yang terkandung dalam peranti berkomputer seperti telefon bimbit.

Polis boleh periksa telefon pula dah sekarang! Ini apa yang anda perlu ambil tahu

Beliau menambah bahawa tindakan ini juga didasarkan pada Seksyen 116B Kanun Prosedur Jenayah, yang membolehkan pemeriksaan terhadap telefon bimbit, yang dianggap sebagai data berkomputer, apabila seseorang disyaki terlibat dalam kesalahan jenayah.

 

Namun, kuasa untuk menjalankan pemeriksaan ini hanya boleh diberikan kepada pegawai polis yang berpangkat sekurang-kurangnya Inspektor.

Razarudin turut mengulas mengenai video yang tular di media sosial yang mempertikaikan tindakan polis memeriksa telefon bimbit seseorang. Katanya, mengikut Seksyen 20(g) Akta Polis, pegawai polis mempunyai hak untuk meminta individu menunjukkan maklumat pada telefon mereka jika diperlukan dalam siasatan.

Beliau menegaskan bahawa walaupun pemeriksaan telefon bimbit semasa sekatan jalan raya dibenarkan, ia harus dilakukan dengan penuh berhati-hati dan mengikut undang-undang. Tindakan tersebut tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya tanpa alasan yang sah.

Selain itu, Seksyen 292 Kanun Keseksaan membolehkan polis bertindak jika bahan lucah ditemui dalam telefon bimbit, yang boleh menyebabkan penahanan tanpa waran. Begitu juga, jika terdapat bukti aplikasi judi dalam talian, tindakan serupa boleh diambil mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Pemeriksaan tanpa waran juga boleh dijalankan jika pegawai polis mempunyai alasan yang munasabah bahawa sebarang kelewatan untuk mendapatkan waran geledah akan menjejaskan penyiasatan, contohnya dengan kemungkinan bukti dihancurkan oleh pemilik telefon tersebut.

Sekiranya seseorang enggan memberi kerjasama, mereka boleh ditahan kerana menghalang tugas polis. Telefon bimbit yang diambil oleh polis harus digunakan untuk tujuan penyiasatan yang berkaitan dengan kes yang sedang disiasat, atau jika ada unsur jenayah yang disyaki.

Akhir kata, Tan Sri Razarudin mengingatkan bahawa polis mempunyai hak untuk memeriksa telefon bimbit seseorang jika terdapat laporan atau siasatan yang melibatkan individu tersebut, atau jika mereka disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah.

BACA: Ini respon padu Erma Fatima bila Rosyam Nor cadang Fattah Amin halalkan Erma