Polis dedah sebab kematian empat individu hadir konsert Pinkfish

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Polis Selangor telah mengesahkan menerima laporan mengenai insiden kematian empat individu,

Dua lelaki dan dua wanita warga tempatan, yang menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa laporan berkenaan diterima daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kesemua mangsa yang berusia antara 20 hingga 40 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada tempat kejadian.

Proses bedah siasat telah pun dijalankan hari ini, namun pihak polis masih menunggu keputusan daripada siasatan makmal.

Polis dedah sebab kematian empat individu hadir konsert Pinkfish

Menurut Hussein, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan luaran yang ditemui pada tubuh mangsa.

Oleh itu, kes ini dikategorikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun penyiasatan lanjut masih diteruskan untuk memastikan sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan yang menyumbang kepada kematian mereka.

Pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut agar tampil memberikan maklumat.

Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau pusat kawalan daerah di 03-78627222.

BACA: Bapa mertua shuib sebak imbau kenangan latih Siti Sarah, dulu latik anak kini latih cucu menyanyi